Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah
Ramadan kali ini menyaksikan Tanah Suci Makkah yang kebiasaannya dipenuhi puluhan juta jemaah dari seluruh dunia, kini lengang susulan wabak pandemik Covid-19.
Masjid seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah melarang melakukan ibadah solat secara berjemaah sebagai usaha bagi menghalang penyebaran wabak tersebut.
Walaupun begitu, para petugas Tanah Suci tetap diarahkan untuk membersihkan dan melakukan pensterilan berkala pada bahagian Kiswah dan permukaan Kaabah.
Beberapa keping gambar dikongsi menerusi laman Twitter Haramain Info yang memaparkan para petugas melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan mencuci setiap sudut bagi memelihara kesucian kalimah Allah SWT.
Rata-rata warganet memuji kebesaran Allah SWT setelah melihat proses tersebut dan berharap supaya umat Islam dapat menunaikan haji dan umrah semula.
Terdahulu, hasrat para jemaah bagi mengerjakan umrah pada bulan puasa kerana pahala berlipat kali ganda tidak kesampaian setelah Arab Saudi menggantung sementara visa umrah akhir Februari lalu.
Sumber : Haramain Info
Ulasan
Catat Ulasan