Selamatkan Si Anak Jatuh Longkang, Abang Polis Dikerumuni Anjing2 Tanda Terima Kasih

Selamatkan Si Anak Jatuh Longkang, Abang Polis Dikerumuni Anjing2 Tanda Terima Kasih
Sebuah video tular di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota polis sanggup masuk dalam longkang bagi menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh.




Rakaman video seminit 37 saat itu dimuat naik Ezam Ramli sehingga mendapat 12,000 perkongsian dan 13,000 tanda suka dalam kalangan netizen.

Anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Azad itu cuba memujuk sebelum berjaya mengeluarkan anak anjing tersebut yang dinantikan dua ekor anjing lain.

“Terbaiklah sahabat, bukan sahaja menjadi frontliner kepada manusia. Naluri seorang insan berjiwa murni. Walaupun ianya seekor anak anjing..

“…ia juga makhluk bernyawa ciptaan Allah. Nampak macam mana penjaga anak anjing itu brterima kasih,” tulis Ezan beberapa jam lalu.
Sejurus naik ke atas, semua haiwan itu mendekati Koperal Azad yang mungkin sebagai tanda berterima kasih kerana menyelamatkan anak anjing berkenaan.




Warganet turut berbangga serta memberi pujian kepada anggota polis tersebut yang seakan-akan tidak kisah sekiranya pakaian seragam terkena kotoran namun atas dasar kemanusiaan, beliau akhirnya digelar ‘hero’.

Sumber : Ezam Ramli

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser