Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perhilitan

PERHILITAN rampas burung Lang Kepala Kelabu burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR: NEGERI JOHOR]   Seramai empat anggota penguatkuasaan daripada Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan di sebuah premis sekitar daerah Johor Bahru pada 7 Jun 2021.   Pemeriksaan di sekitar kawasan premis tersebut telah berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot Read More ...

Perhilitan rampas 22 unggas liar disimpan tanpa permit

Perhilitan rampas 22 unggas liar disimpan tanpa permit PASIR GUDANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 22 unggas liar yang disimpan tanpa permit, di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di Taman Kota Masai, di sini, semalam.   Pegawai dan anggota Perhilitan yang melakukan serbuan ke atas premis itu kira-kira jam 5.30 petang, Read More ...

Rakaman Santai ‘Makan angin’ bawa ular sawa 200 kg

Makan angin bawa ular sawa 200 kg   Putrajaya: ‘Bersiar-siar’ menunggang motosikal sambil membawa ular sawa gergasi yang sengaja dililit pada pinggang. Video tular sejak beberapa hari lalu itu mengundang pelbagai reaksi netizen susulan saiz ular sawa batik itu yang amat besar dan dipercayai seberat lebih 200 kilogram.   Melalui video tular berdurasi 21 saat Read More ...

Operasi PERHILITAN rampas daging kijang dan babi hutan

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]   Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan telah melakukan operasi penguatkuasaan di tiga premis berasingan yang terletak di sekitar daerah Kuala Pilah dan daerah Tampin pada 12 Mac 2021.   Hasil pemeriksaan ke atas premis yang terletak di Kuala Pilah telah menemui satu bungkusan disyaki daging Kijang manakala pemeriksaan di dua lagi premis Read More ...

PERHILITAN rampas burung Love Bird spesis dilindungi

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR] spesies burung Love Bird (𝐴𝑔𝑎𝑝𝑜𝑟𝑛𝑖𝑠 𝑠𝑝𝑝.) adalah spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [𝐴𝑘𝑡𝑎 716] Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menjalankan operasi penguatkuasaan secara mengejut di sebuah premis sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan. Hasil pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN telah berjaya menyita 6 ekor burung Lovebird Read More ...

OPERASI TANGKAPAN SEEKOR TAPIR DI JOHOL, NEGERI SEMBILAN

[OPERASI TANGKAPAN SEEKOR TAPIR DI JOHOL, NEGERI SEMBILAN]   Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Tapir yang telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang di Ladang Johol, Johol, Negeri Sembilan pada hari ini.   Perangkap tersebut telah dipasang sejak 24 November 2020 susulan aduan daripada kakitangan ladang tersebut mengenai Tapir yang sering berkeliaran Read More ...

BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR-Warga Thai ditahan

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]   Melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah 𝐵𝑖𝑜𝑑𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑦 𝑃𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑎𝑛𝑑 𝑃𝑎𝑡𝑟𝑜𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑃𝑟𝑜𝑔𝑟𝑎𝑚𝑚𝑒 (BP3), seorang lelaki warganegara Thailand telah berjaya ditahan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Perak dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak atas kesalahan memiliki bahagian hidupan liar dan jerat di Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 13 Mac 2021. Pemeriksaan Read More ...

PEMERIKSAAN KAKI KANAN HARIMAU BELANG JANTAN “AWANG RUAL”

[PEMERIKSAAN KAKI KANAN HARIMAU BELANG JANTAN “AWANG RUAL” BERSAMA PAKAR RADIOLOGI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA]   Pada 12 Mac 2021, seekor Harimau Belang jantan bernama “Awang Rual”telah menjalani prosedur pemeriksaan kaki kanannya oleh Dr. Lau Seng Fong, pakar radiologi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia di klinik Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak. Prosedur Read More ...

KENALI SPESIES HIDUPAN LIAR: PUNAI GADING

[KENALI SPESIES HIDUPAN LIAR: PUNAI GADING]   Burung Punai Gading (𝑃𝑖𝑛𝑘-𝑛𝑒𝑐𝑘𝑒𝑑 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝑃𝑖𝑔𝑒𝑜𝑛) atau nama saintifiknya 𝑇𝑟𝑒𝑟𝑜𝑛 𝑣𝑒𝑟𝑛𝑎𝑛𝑠 dikategorikan oleh 𝐼𝑈𝐶𝑁 𝑅𝑒𝑑 𝐿𝑖𝑠𝑡 𝑜𝑓 𝑇ℎ𝑟𝑒𝑎𝑡𝑒𝑛𝑒𝑑 𝑆𝑝𝑒𝑐𝑖𝑒𝑠 sebagai 𝐿𝑒𝑎𝑠𝑡 𝐶𝑜𝑛𝑐𝑒𝑟𝑛. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Punai Kericau, Punai Kocok atau Punai Leher Jambu. Di Malaysia, spesies ini adalah dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Read More ...

PERLANTIKAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN RENJER HIDUPAN LIAR DI BAWAH PERLAKSANAAN

PERLANTIKAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKHIDMATAN RENJER HIDUPAN LIAR DI BAWAH PERLAKSANAAN 𝐵𝐼𝑂𝐷𝐼𝑉𝐸𝑅𝑆𝐼𝑇𝑌 𝑃𝑅𝑂𝑇𝐸𝐶𝑇𝐼𝑂𝑁 & 𝑃𝐴𝑇𝑅𝑂𝐿𝐿𝐼𝑁𝐺 𝑃𝑅𝑂𝐺𝑅𝐴𝑀𝑀𝐸 (𝐵𝑃3) Pihak Kerajaan memandang serius isu berkaitan pemburuan haram yang berlaku di Semenanjung Malaysia dan telah bertekad menggempur sepenuhnya pemburuan haram agar kejadian seperti kematian Awang Rasau akibat ditembak 8 butir peluru oleh pemburu haram tidak berulang kembali. Oleh Read More ...

Tahniah PERHILITAN memperkasakan unit khas BP3 veteran PDRM membasmi pemberu haram

[MAJLIS PELANTIKAN VETERAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SEBAGAI RENJER HIDUPAN LIAR, JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA] Tahniah diatas tekad dan usaha berterusan melindungi hidupan liar warisan Malaysia Bagi memperkukuhkan lagi keberkesanan pelaksanaan program 𝐵𝑖𝑜𝑑𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑦 𝑃𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 & 𝑃𝑎𝑡𝑟𝑜𝑙𝑙𝑖𝑛𝑔 (BP3), seramai 15 orang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilantik sebagai Renjer Hidupan Liar bagi membantu kerja-kerja Jabatan Read More ...

Dua Myanmar ditangkap bunuh hidupan liar Malaysia

[BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR]   Jenayah pemburuan haram adalah salah satu ancaman kepada hidupan liar negara. Jabatan PERHILITAN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan atas kerjasama yang diberikan dalam menumpaskan jenayah pemburuan haram oleh dua warganegara Kemboja pada 9 Mac 2021. Hasil tangkapan kedua-dua suspek telah berjaya menemui 19 keping sisik Read More ...

[BERITA SEDIH: AWANG RASAU DAH TIADA]

[BERITA SEDIH: AWANG RASAU DAH TIADA]   Dukacita dimaklumkan Awang Rasau telah tiada. Kematian Harimau Malaya jantan dilaporkan pada pukul 12.00 tengahari 5 Mac 2021 di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya. Sebelum ini Awang Rasau menderita kesakitan Read More ...

{Videoo} Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah

Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah   KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram sekali lagi masuk ke dalam perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan yang dipasang di Kampung Ulu Nuri, Johol, di sini, semalam.     Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, […]

{Video} Aksi Harimau Dahan cari makan depan rumah

Harimau Dahan cari makan depan rumah   Lenggong: Kelibat seekor harimau dahan di hadapan sebuah rumah di Taman Kota, Kampung Lahar dekat sini, kira-kira jam 2 pagi hari ini, membimbangkan penduduk untuk untuk keluar bekerja. Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK), Kampung Lahar Bahari Ismail berkata, kelibat harimau yang sedang menghidu sesuatu beberapa meter di hadapan […]

OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2, KEMAMAN, TERENGGANU

[OPERASI TANGKAPAN SEEKOR HARIMAU JANTAN DI LADANG FELDA KERTEH 2, KEMAMAN, TERENGGANU]     22/2/2021 Sebentar tadi, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu. Harimau tersebut telah tercedera kerana terdapat 3 kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya. Harimau ini akan dipindahkan […]

Kambing gurun terperangkap dalam kolam berjaya diselamatkan

Kambing gurun terperangkap dalam kolam diselamatkan     JELEBU: Seekor kambing gurun betina berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan setelah haiwan itu terperangkap di kolam Kajian Perikanan Air Tawar Glami Lemi, dekat sini, semalam.     Hidupan liar dilindungi itu dipercayai dipercayai tersesat dan terperangkap dalam kolam berkenaan.   […]

LELAKI VIETNAM SIMPAN, JUAL HIDUPAN LIAR MALAYSIA DIBERKAS

JOHOR BAHRU – Kegiatan seorang lelaki Vietnam yang menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar membawa padah apabila dia diberkas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor di sebuah premis di kawasan perindustrian di Jalan Benut, Simpang Renggam semalam. Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, empat anggota penguat kuasa menahan lelaki berusia lelaki ... Read more LELAKI VIETNAM SIMPAN, JUAL HIDUPAN LIAR MALAYSIA DIBERKAS

BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR 28-10-2020 7 Warga asing dicekup

Satu serbuan telah dilakukan ke atas dua rumah kongsi di sebuah ladang di Gua Musang, Kelantan pada 24 Oktober 2020. Serbuan melibatkan anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah berjaya menahan 7 orang warga asing berasal dari Thailand dan Myanmar. Hasil pemeriksaan ke atas rumah kongsi tersebut menjumpai jerat, bahagian ... Read more BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR 28-10-2020 7 Warga asing dicekup

GAJAH CEDERA KAKI KENA JERAT DI JELI, KELANTAN

Satu aduan telah diterima melalui talian Hotline Jabatan PERHILITAN pada 9 Oktober lalu berkenaan seekor gajah yang disyaki telah terkena jerat dan mengalami kecederaan berhampiran Kampung Renyuk, Jeli Kelantan. Susulan aduan tersebut, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan telah digerakkan ke kawasan tersebut. Pada 10 Oktober, sejumlah 11 kakitangan yang terdiri daripada UTG Kelantan dan pasukan ... Read more GAJAH CEDERA KAKI KENA JERAT DI JELI, KELANTAN