Polis siasat wanita ludah pekerja KFC

Viral wanita ludah pekerja KFC di Singapura


SEORANG wanita yang meludah ke arah seorang pekerja sebuah outlet KFC berdepan dengan tuduhan mengganggu orang ramai.


Video kejadian di pusat membeli-belah Nex Mall semalam menjadi viral dan polis sedang menjalankan siasatan, lapor ANN.


Di dalam video jelas menunjukkan wanita berbaju kuning itu telah menyelak topeng mulutnya lalu meludah ke arah pekerja tersebut yang berada di belakang kaunter servis.


Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku hingga mencetuskan insiden itu. Ada yang memberi komen wanita itu menjadi marah kerana makanan disiapkan terlalu lambat dari masa yang sepatutnya.


Seorang jurucakap KFC memberitahu akhbar Straits Times bahawa sanitasi telah dilakukan di outlet berkenaan selepas kejadian dan pekerja terbabit direhatkan sementara.


Kejadian dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Nex Mall Singapura. – BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser