Tamat Penyiksaan Gajah, Hikmah Covid-19
Oleh disebabkan wabak Covid-19 sudah semakin menular di seluruh dunia, ia sedikit sebanyak telah berjaya menamatkan siksaanberpuluh-puluh gajah di utara Thailand.
Di Maesa Elephan Camp, Chiang Mai, terdahulunya memang cukup terkenal dengan aktiviti tunggang gajah dalam kalangan pelancong yang datang ke situ.
Namun, semenjak wabak pandemik ini menyerang perniagaan tunggang gajah sudah semakin merosot kerana sudah tiada lagi pelancong yang datang.
Menurut pengarah kem, Anchalee Kalampichit, setelah 44 tahun, dia memutuskan untuk mengeluarkan kerusi kayu dan logam yang besar yang diikat ke pada belakang gajah sepanjang hari.
Malah, kem itu juga telah mengumumkan bahawa ia tidak berniat menjadikan 78 gajahnya memakai gerbong berat setelah perniagaan dibuka semula.
“Kami akan mengalu-alukan pelancong untuk menikmati pembelajaran tentang cara hidup gajah secara semulajadi daripada menggunakan mereka untuk melayan para pelancong…”
Kini gajah-gajah tersebut akan dibiarkan bebas berkeliaran di kawasan kem, dan pelancong tidak lagi dibenarkan menunggang haiwan tersebut.
Sumber : Independent.co.uk
Ulasan
Catat Ulasan