PKP3: Video Lelaki maki polis ditahan

PKP3: Video tular Lelaki maki polis ditahan 


17 April 2020




SEORANG lelaki yang cuba menyerang anggota polis dan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Taman Cahaya, Ampang, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan kejadian video yang tular mengenai seorang lelaki kelihatan bergelut dengan anggota polis ketika dia cuba ditahan kerana melanggar PKP.

“Saya mengesahkan pihak polis ada membuat tangkapan ke atas seorang lelaki kerana menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas mereka jam 10 pagi ini.




“Semasa menahan suspek telah memaki polis yang menahan dan memukul anggota yang hendak melaksanakan tangkapan ke atasnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dibuat kerana menyerang polis semasa menjalankan tugas dan dengan sengaja tidak mematuhi PKP.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki enggan memberikan Mykad miliknya selepas diminta pihak polis yang sedang bertugas.

Malah lelaki itu turut bertindak ganas dan cuba menyerang dua anggota polis terbabit sebelum dia akhirnya ditahan.






Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2020 @ 8:37 PM

#HarianMetro
#infosemasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser