Selamatkan Anjing, Anggota PDRM Terima Penghargaan Tuanku Permaisuri Selangor

[Video]Selamatkan Anjing, Anggota PDRM Terima Penghargaan Tuanku Permaisuri Selangor



22 April 2020
Keprihatinan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam sebuah longkang besar, mendapat perhatian netizen. Rakaman videonya itu serta merta tular selepas dimuat naik ke laman sosial pada awal bulan lalu.


Dalam video berkenaan telah memaparkan tindakan spontan dirinya masuk ke dalam sebuah longkang sedalam kira-kira dua meter untuk menyelamatkan anak anjing yang jatuh ke dalamnya.

Koperal (S) Mohamad Azad Azady Mohamad Tarmizee, 31, menerima surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor yang disampaikan oleh Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Muhammad Syahir Hasan pada Rabu lepas.

Anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menyelamatkan anak anjing terperangkap dalam longkang mendapat surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.



Tanpa disangka-sangka tindakannya itu mendapat perhatian Tengku Permaisuri Norashikin yang juga adalah Penaung Diraja Stray Free Selangor (SFS) seterusnya diberikan surat penghargaan.

“Memang tak sangka…saya bersyukur dan terharu kerana penghargaan seperti ini sukar diperoleh walaupun bantuan yang saya berikan hanya kecil sahaja.” Kata Koperal (S) Mohamad Azad Azady .

Sumber: Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing