Tetak kucing Sampai Patah Tulang, pelaku diheret ke Mahkamah Keadilan

Tetak kucing Sampai Patah Tulang, pelaku diheret ke Mahkamah 


Tidak berperikemanusiaan. Itulah ayat paling sesuai untuk menggambarkan individu yang tergamak melakukan kekejaman terhadap seekor kucing milik jirannya.

Difahamkan, seorang lelaki berusia 57 tahun berhadapan hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan menetak seekor kucing jirannya di kawasan perumahan di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu.


Menerusi satu perkongsian di Facebook, kucing yang diberi nama Lupy itu telah terlepas daripada sangkar tuannya, lalu pergi ke rumah lelaki tersebut.

Berdasarkan entri tersebut, lelaki itu bertindak menetak Lupy kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dibuat kucing itu di hadapan rumahnya.

Tetakan tersebut mengakibatkan Lupy Patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan, tidak dapat buang air besar dan kencing hanya boleh menggunakan cara picit perut baru dapat keluarkan najisnya.


Susulan daripada itu, pemilik Lupy yang merupakan wanita berusia 34 tahun, tetap akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.


Tertuduh, disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat terhadap haiwan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau keduanya.


Sumber : Harian Metro & Borneo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser