Kedai perkakasan, gunting rambut, dobi boleh operasi ketika PKP

Kedai perkakasan, gunting rambut, dobi boleh operasi ketika PKP


10 April 2020
Mohamed Azmin Ali.

PETALING JAYA: Kedai perkakasan, elektronik dan gunting rambut antara 9 sektor ekonomi tambahan yang dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah syarat ketat.


Ini menyusul pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sektor terpilih dibenarkan beroperasi secara berfasa dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan beroperasi dengan sesetengahnya hanya boleh menawarkan perkhidmatan terhad.


Bagi salun dan kedai gunting rambut, katanya, peniaga hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut.


Untuk sektor runcit, kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik serta cermin mata dibenarkan beroperasi.


Hanya kedai dobi perkhidmatan penuh boleh beroperasi, bukannya kedai dobi layan diri.


Enam sektor lain yang dibenarkan beroperasi ialah:


  1. Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan)
  2. Industri mesin dan peralatan
  3. Industri aeroangkasa
  4. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada perkhidmatan berkaitan guaman, perkhidmatan berkaitan minyak & gas, aktiviti R&D berkaitan Covid-19, makmal ujian bagi sektor dibenarkan beroperasi saja.
  5. Perkhidmatan kesihatan sosial, termasuk perubatan tradisional berdaftar (hanya terhad kepada Perubatan Tradisional dan Komplemantari berdaftar atau pengamal TCM)
  6. Projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
  • Projek di mana kontraktor G1–G2 ialah kontraktor utama
  • Projek disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
  • Kerja terowong
  • Kerja penyelenggaraan
  • Kerja cerun
  • Kerja kecemasan termaktub dalam perjanjian kontrak
  • Kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan haiwan perosak lain
  • Kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • Projek pembinaan dengan fasiliti/kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti kuarters pekerja berpusat atau kem pekerja
  • Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah


Azmin berkata, syarikat dalam sektor tambahan yang disenaraikan itu boleh membuat permohonan beroperasi kepada kementeriannya mulai 13 April ini.


“Semua permohonan mestilah dibuat atas talian di www.miti.gov.my.”


Beliau berkata, hanya permohonan menepati syarat dan lengkap akan diproses.


Katanya, syarikat yang dibenarkan beroperasi wajib mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP).


“Selain pematuhan kepada syarat dan garis panduan yang diperketatkan ini, kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan Kementerian Kesihatan dan garis panduan oleh agensi penguatkuasaan lain berkaitan dari semasa ke semasa.


“Kegagalan syarikat berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan tindakan undang-undang mengikut akta semasa.”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser