Terawih di Masjidil Haram, Nabawi tanpa jemaah awam

Terawih di Masjidil Haram, Nabawi tanpa jemaah awam

Arab Saudi menggantung solat Terawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.


Justeru, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman as-Sudais, Terawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam.


Terawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu ciapan di Twitter.

Kenyataan itu juga menyebut amalan sunat iktikaf – yang lazimnya banyak dilakukan orang Islam semasa Ramadan – juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan.

Selain itu, Umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. – Bernama



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser