Langgar Viva Ibu Tunggal, Pemilik Lamborghini Gantikan Dengan Sebiji Myvi
Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung sekarang, agak susah untuk kita lihat pemandu-pemandu kereta keluar dijalan raya jika tiada urusan.
Perkara tersebut membuatkan laluan jalan raya lengang dan sunyi berbeza dengan keadaan sebelum arahan PKP. Namun, siapa sangka ketika jalan tiada kenderaan lain, masih ada yang mengalami kemalangan yang tidak dijangka.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azman Nor, dia memaklumkan bahawa kereta Perodua Viva milik makciknya telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta Lamborghini .
Keadaan kereta Viva itu sangat teruk dan pastinya memerlukan modal yang besar untuk dibaiki. Akan tetapi, pemilik Lamborghini tersebut bertindak menggantikan kereta yang dilanggar dengan sebuah kereta baru.
Tindakan pemilik Lamborghini itu bukan sahaja mencerminkan nilai murni, bahkan membantu pemilik kereta yang juga ibu tunggal tidak kehilangan sumber pendapatannya.
Pemilik kereta Viva tersebut adalah peniaga makanan yang mencari rezeki dengan menerima tempahan makanan dan dihantar ke rumah pelanggannya.
Susulan daripada itu, warganet telah mulai membanjiri posting tersebut dengan memuji tindakan yang diambil oleh pemilik kereta Lamborghini yang menyelamatkan wanita tersebut daripada kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini.
Rata-rata mengucapakan terima kasih dan berasa senang hati melihat perkara baik yang terjadi walaupun bermula dengan kemalangan kenderan.
Sumber : Azman Nor
Ulasan
Catat Ulasan