Klaster Masjid India Protes Lempar Air Kencing Pada Askar

Jika kluster oversea demand hingga pasukan perubatan terasa jengkel dengan sikap mereka, nampaknya pasukan keselamatan pula teruji dengan sikap warga asing yang tidak bertamadun.

Ini kerana ada sebahagian dari warga asing ini sanggup melempar bungkusan berisi air kencing mereka sebagai tanda protes kerana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokasi Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India.

Dalam laporan Sinar Harian, warga asing ini didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing.

Warga Asing Mula Lakukan Protes Lempar Air Kencing Pada Askar Berkawal Kena PKPD
Anggota keselamatan perlu memakain helmet untuk mengelak air kencing dilemparkan oleh penghuni bangunan yang dikenakan PKPD

Sikap biadap terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” katanya kepada Sinar Harian.

Warga Asing Mula Lakukan Protes Lempar Air Kencing Pada Askar Berkawal Kena PKPD

Bagaimanapun sumber itu menambah, keadaan kini makin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.

Katanya, mereka juga tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni terlibat.

“Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu manakala bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India pula dikuatkuasakan sejak Selasa lalu.

Pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing