Tidur Bersarungkan Baju Kerja, Anggota PDRM Bikin Sebak

Tidur Bersarungkan Baju Kerja, Anggota PDRM  Bikin Sebak


Pada 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bakal dilanjutkan lagi selama 2 minggu. 


PKP yang diramal bakal berakhir pada 28 April 2020 ini semakin mengundang resah seluruh penduduk Malaysia.


Namun begitu, kerajaan menasihatkan rakyat agar kekal tenang dan tempuhi dugaan yang datang ini dengan rasional dan hati yang terbuka. 


Malah sudah tentunya, penguatkuasaan undang-udang dan sekatan jalan raya bakal diperketatkan bagi menjamin keselamatan sejagat.


Anggota beruniform seperti PDRM dan ATM antara badan penguatkuasa yang sibuk dan aktif bertugas semenjak PKP ini telah dikuat kuasakan pada 18 Mac yang lalu.

Mereka ini telah ditugaskan dan diamanahkan untuk memastikan rakyat duduk di rumah dan tidak melanggar arahan PKP yang sedang dilangsungkan.


Namun agak menyedihkan apabila masih ramai lagi sebilangan penduduk yang ingkar dengan PKP yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. 


Sehinggakan, ada yang sanggup berkurang ajar dan menghina petugas-petugas negara yang sedang melaksanakan tanggungjawab.


Di laman Facebook milik Kami Sokong PDRM, sekeping gambar yang memaparkan dua orang anggota polis tidur dan masih memakai baju kerja telah menyentuh hari para pengguna laman tersebut.


Anggota PDRM adalah barisan hadapan yang berisiko untuk terkena jangkitan dan pada masa yang sama perlu menghadap kerenah rakyat Malaysia yang segelintirnya masih berdegil untuk berkuarantin.

Sumber: Facebook.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing