PKP3: Anjing kelaparan dapat belaian dan makanan

Tangan Bersarung Plastik, Pemuda Kasi Makan Pada Anjing Liar Kebuluran
21 April 2021


Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja membataskan pergerakan serta aktiviti seharian manusia, malah hidupan liar turut terjejas dengan penguatkuasaannya. Banyak kisah dan kejadian yang memaparkan haiwan-haiwan jalanan kebuluran akibat tiada sumber makanan.
Selalunya haiwan jalanan ini memdapatkan makanan hasil ihsan pencinta haiwan dan juga kedai-kedai makan. Namun, dek kerana kekangan yang melanda, haiwan-haiwan jalanan kini dibiarkan terkontang kanting mencari makanan. Lebih menyedihkan, ada sebahagiannya dilaporkan mati mereput kerana kelaparan.


Di Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Yusrizal Yus, memuat naik sebuah video memaparkan dirinya memberi makan terhadap dua ekor anjing yang terbiar.



Lebih mengagumkan, pemuda ini seolah-olah tidak takut dan begitu mesra mendekati anjing-anjing terbabit. Tangan berlapikkan sarung tangan plastik, pemuda tersebut dilihat tidak kekok untuk memeriksa kondisi dua ekor anjing liar berkenaan.
Disebabkan perlakuan murni pemuda ini, ramai persatuan pencinta haiwan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup memberikan makanan buat anjing-anjing jalanan.

Malah dia juga diberikan pujian kerana tetap mempunyai ihsan terhadap anjing-anjing tersebut dan tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling.
Sumber: Facebook.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing