Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel November 08

Kes konstabel maut: Pembantu kedai santan dipenjara, didenda

MyMetroMutakhir Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my Johor Bahru: Pembantu kedai santan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Konstabel Nicholester Dadup Unggat pada Ahad lalu. Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan berkenaan selepas Mohamad Syafiq Lokman, 25, mengaku bersalah ... Read more Kes konstabel maut: Pembantu kedai santan dipenjara, didenda

Tiket bas pulang ke Kelantan laris

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim November 8, 2020 @ 11:01am nfazlina@nstp.com.my KOTA BHARU: Tidak sampai beberapa jam pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir kebanyakan negeri, penjualan tiket bas ke Kelantan laris kerana masing-masing mahu pulang ke kampung halaman. Kebanyakan bas dari semua negeri sejak malam tadi dikatakan, penuh sehingga pagi ini sebelum ... Read more Tiket bas pulang ke Kelantan laris

Helikopter bertembung dan terhempas di Tmn Melawati Ampang

KUALA LUMPUR: 8/11/2020 Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan kejadian helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas. Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa. Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, 2 lelaki dan 2 peremuan ... Read more Helikopter bertembung dan terhempas di Tmn Melawati Ampang

📽️ Ditahan rakam dan ganggu tugas polis

Petaling Jaya:7/11/2020 Polis menahan seorang lelaki kerana menganggu dan menghalang tugas polis ketika membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan 17/48, di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di rumah berkenaan jam 3.30 petang. ... Read more 📽️ Ditahan rakam dan ganggu tugas polis

📽️ PROVOKASI JARI TENGAH KEPADA PENGUATKUASA DBKL

Pasar Borong Selayang 8/11/2020: Kejadian baru sahaja berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur.Menurut info yang diterima, seorang lelaki telah memandu secara melulu hampir melanggar pengunjung Pasar Borong tersebut.Apabila mendapat aduan, Penguatkuasa JPK DBKL yang membuat kawalan di PBKL bergegas ke tempat kejadian, dan mengarahkan lelaki tersebut berhenti di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.Lelaki yang masuk ... Read more 📽️ PROVOKASI JARI TENGAH KEPADA PENGUATKUASA DBKL

Adakah anda mengenali Pak Cik ini?

BANTU KAMI. Pakcik ini dijumpai di Tanjung Pauh Jitra. Beliau tidak ingat nama dan lupa alamat rumahnya. Sekiranya ada followers yang kenal dengan pakcik ini atau warisnya, sila berhubung dengan Balai Polis Jitra dengan kadar segera di talian 04-917222. Terima Kasih. #sumber Polis Kedah🇲🇾 #Update🇲🇾🌎

📽️ 30 gerai makanan musnah terbakar

Georgetown 7/11/2020: Kira-kira 30 gerai makanan di Medan Selera Mutiara Jalan Sungai Kerian, Jalan Tanjung Bungah, di sini, terbakar hari ini. Kebakaran berkenaan membabitkan sehingga 70 peratus kemusnahan. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.19 pagi tadi. Katanya, kerja memadamkan kebakaran dilakukan anggota ... Read more 📽️ 30 gerai makanan musnah terbakar

📽️ Guna duit tanpa izin punca wanita didera pasangan suami isteri

LUMUT 7/11/2020 – Tindakan seorang wanita menggunakan wang pasangan suami isteri tanpa kebenaran dikatakan menjadi punca dia didera seperti dalam video kejadian yang tular dalam media sosial sejak Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berusia 25 tahun itu datang membuat laporan di Ibu ... Read more 📽️ Guna duit tanpa izin punca wanita didera pasangan suami isteri