COVID-19 Individu Kejam pukul Kucing Sampai Muka Miring
Musibah yang melanda seluruh negara kini adalah antara ujian yang perlu dihadapi oleh semua orang.
Setiap orang menghadapi ujian ini dengan pelbagai kesan termasuklah kesihatan, kewangan, dan kematian yang sudah tentunya cetus keinsafan dan mengajar erti rasa bersyukur untuk segala kurniaannya.
Namun, segelintir individu masih lagi berasa angkuh dan menganggap wabak pandemik yang melanda ini hanya perkara kecil dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Di Facebook, seorang wanita meluahkan kekesalannya apabila kucing peliharaannya dipukul dengan tidak berhati perut oleh individu yang kejam.
Lebih mendukacitakan, muka kucing itu menjadi senget malah sebelah matanya masuk ke bahagian dalam kepala.
Kekesalan dan kesedihan yang diluahkan oleh wanita tersebut turut menjadi perhatian warga pengguna Facebook yang lain.
Ramai yang tidak terjangka bahawa masih terdapat lagi individu yang sanggup melakukan perbuatan keji tersebut terhadap haiwan yang tak bersalah ini.
Semoga si pelaku mendapat balasan sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak atas perbuatannya sendiri!
Sumber: Facebook.
Ulasan
Catat Ulasan