Potong Rambut Pelanggan Masa Kuarantin, Tukang Gunting Maut Akibat Covid-19

Potong Rambut Pelanggan Masa Kuarantin, Tukang Gunting Maut Akibat Covid-19

Seorang pemilik kedai gunting rambut di Mississippi, Amerika Syarikat meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di Hospital St. Dominic pada 4 April lalu selepas menawarkan khidmat potongan rambut ketika negara dikuarantin.


Menerusi laporan media, Eugene Thompson memiliki dua kedai gunting rambut dalam komuniti tersebut dan amat popular sebagai ahli perniagaan selain menjadi mentor kepada tukang gunting yang lain.


Thompson baru sahaja menyambut hari lahir ke-46 sebelum positif virus itu pada 22 Mac. Dua hari kemudian, dia ditahan di hospital namun disahkan maut oleh doktor perubatan.


Berita tersebut mendapat keprihatinan segelintir netizen Malaysia setelah kerajaan mengumumkan pelonggaran beberapa industri untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk perkhidmatan gunting rambut.




Sumber : Bossip , Twitter

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan