Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel November 30

Status Terkini COVID19, 30 Nov 2020

Kes sembuh=2,112 Jumlah kes sembuh=54,759 kes Kes baharu positif=1,212 kes (kes import=9 kes tempatan=1,203) Jumlah positif=65,697 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=360 kes Kes dirawat di ICU=113 kes Bantuan Alat Pernafasan=42 Pecahan kes baharu (1,212) Selangor 204 kluster sedia ada 9 kluster baharu (Jalan Lapan dan Batu Sembilan) 95 saringan kontak rapat 90 lain-lain saringan […]

Bomba selamatkan Buaya tersesat

Segamat: Tindakan pantas bomba membantu menangkap seekor buaya yang tersesat berhampiran kediaman penduduk di Kampung Berata di sini, hari ini. Kelibat buaya tiga meter panjang itu, pada awalnya, disedari seorang penghuni perumahan berkenaan, jam 4.15 pagi. Berikutan itu, bomba dihubungi bagi membantu menangkap reptilia berkenaan. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, […]

Aplikasi, laman web Maybank2u tergendala

PETALING JAYA- Aplikasi Maybank2u dan laman web Maybank tidak dapat diakses pagi tadi akibat tergendala. Akaun Twitter rasmi Maybank, @MyMaybank memaklumkan mengenai hal itu. “Sila ambil maklum, laman web dan aplikasi Maybank2u mengalami masalah tergendala secara berkala tetapi aplikasi MAE bereoperasi seperti biasa. “Pelanggan boleh log masuk ke aplikasi MAE menggunakan ID dan kata laluan […]

ULAR TEDUNG MASUK RUMAH BERSEMBUNYI DIMESIN BASUH

29/11/2020 (Ahad) Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Pasukan Alfa BBP Kuala Selangor terima panggilan kecemasan Khidmat Khas Ular dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor pada jam 22:32:10 di alamat No 31, Jalan Bayu 5, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kekuatan pegawai seramai 9 orang, diketuai oleh PBK II Rahim bin Saibon. Seekor ular tedung hitam sepanjang […]

Gardenia naikkan harga roti

KUALA LUMPUR: Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, […]

Kerana internet yang lemah, ayah mendirikan ‘bilik darjah’ anak perempuan di atas bukit

Kerana internet yang lemah, ayah mendirikan ‘bilik darjah’ anak perempuan di atas bukit OLEH SOYACINCAU 11:25 MALAM, 29 NOVEMBER 2020 4 KOMEN Seorang bapa telah mendirikan khemah di atas bukit setinggi 20 meter untuk anak perempuannya untuk mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dalam talian kerana liputan Internet dan telekomunikasi yang buruk di kampung mereka. Nurlieda […]

Pelajar jatuh jambatan gantung: CCT akan pasang satelit mini

Putrajaya: Common Towers Technologies And Bhd (CCT) akan memasang stesen satelit mini (VSAT) di Kampung Gusi, Ranau, Sabah, susulan insiden tiga pelajar terjatuh dari jambatan gantung di perkampungan itu, baru-baru ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pemasangan itu akan dilakukan selewat-lewatnya pertengahan Disember ini. Katanya, ia adalah penyelesaian sementara yang mendapat sokongan dari […]

Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi

29/11/2020 11:02 PM JOHOR BAHRU, 29 Nov — Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada […]

Cuba noda anak tiri sebelum campak cucu

KUALA LUMPUR – Berang gagal rogol anak tiri dipercayai motif seorang lelaki Nigeria bertindak campak cucu tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa Danau, Setapak di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, 4, ditemui maut dalam keadaan tidak berseluar sebelum disusuli dengan kejadian suspek warga berusia 42 […]

Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar

Bernama – 29 November 2020Polis siasat dakwaan anggota pukul pekerja warga Myanmar Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim.SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dakwaan seorang anggotanya memukul pekerja kilang warga asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Jasmin, Senawang di sini dan klip video kejadian ditularkan menerusi media sosial petang […]

Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik

Iskandar Puteri: 29/11/2020 Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di […]

Perjumpaan ahli keluarga wujud kelompok baru Covid19

Pertemuan keluarga menyebabkan kelompok baru, kata Noor Hisham Bernama -28 November 2020 11:15 PM KUALA LUMPUR: Kementerian kesihatan telah menasihati masyarakat untuk mempraktikkan “apa yang betul dan membetulkan yang salah” dalam mematuhi protokol (SOP) Covid-19 ketika di perhimpunan atau di tempat awam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus berhati-hati berikutan […]