Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel December 10

Atuk rupanya pandu kereta lawan arus

#𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 Atuk rupanya pandu kereta lawan arus Johor Bahru: Lelaki warga emas berusia 89 tahun dikenal pasti sebagai pemandu kereta yang dilaporkan melawan arus di kilometer 7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian itu menjadi tular di media sosial memaparkan […]

Buaya 14 kaki berjaya di tangkap oleh Bomba

Bintulu 10/12/2020 : Seekor buaya sepanjang 14 kaki dijumpai tersangkut pada jerat yang dipasang di Jalan Coastal, Bintulu petang tadi.     Pihak bomba Batu Niah, Miri berjaya menangkap buaya tersebut dan diserahkan kepada pihak perhilitan untuk tindakan lanjut. #Sarawak

2,234 kes Covid-19 baharu, tertinggi pernah direkodkan

Kuala Lumpur: 10/12/2020 Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hari ini mencatatkan angka tertinggi apabila merekodkan 2,234 kes baharu, selain tiga kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia ketika ini meningkat kepada 78,499 kes dengan kebolehjangkitan pula 11,867 kes. Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia […]

Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki

Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki 10.12.2020 BACHOK: Seorang wanita sanggup menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor, dipercayai untuk mencari jodoh, selain meyakinkan keluarga teman lelakinya. Bagaimanapun, helah suspek berusia 20 tahun yang berasal dari Sabah itu, terbongkar selepas ditahan polis kelmarin di sebuah rumah dekat Kampung Bukit Bator, di sini. Ketua Polis […]

Anggota PGA Ditahan, Dipercayai Cuba Seludup Masuk Pendatang Tanpa Izin

Anggota PGA Ditahan, Dipercayai Cuba Seludup Masuk Pendatang Tanpa Izin KUCHING, 10 Dis- Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga pendatang asing izin melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang, kira-kira 70 kilometer (km) dari sini, semalam. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penahanan anggota […]

Remaja parah dihempap dinding

KUCHING 10/12/2020 : Seorang remaja lelaki cedera parah akibat dihempap dinding simen yang tumbang dalam satu insiden di sebuah institut pengajian teknikal di Santubong pada Rabu. Difahamkan mangsa yang berumur 19 tahun, hendak mengambil penyapu apabila dinding tersebut tiba-tiba tumbang iaitu sekitar pukul 2 petang. Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 75 D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR BAGI TAHUN 2020

10 Disember 2020 ~ KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 75 D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR BAGI TAHUN 2020 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdullilah, Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, Beta dapat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Beta yang ke 75 pada tahun […]

Pukul dan ugut bunuh ibu bapa

Pukul dan ugut bunuh ibu bapa KUCHING: Seorang lelaki diberkas selepas didakwa memukul serta mengugut bunuh ibu bapanya pada Rabu. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata suspek yang berumur 38 tahun, ditangkap sepasukan polis di Jalan Mendu, sekitar pukul 3.45 petang. Menurutnya, tangkapan adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh bapanya yang mendakwa […]

Transaksi Maybank2u dan Kad Debit Tidak Akan Buat Sementara Pada 11 Disember

Chief Chapree PADA 9 DISEMBER 2020 Gangguan Transaksi Maybank2u dan Kad Debit Pada 11 Disember Maybank telah mengumumkan bahawa sebilangan perkhidmatannya tidak akan beroperasi untuk tempoh 11:30pm sehingga 11.59pm pada 11 Disember. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh bank melalui Facebook dan Twitter , terdapat banyak perkhidmatan kritikal yang akan terlibat dalam waktu henti berkenaan. Antaranya […]