Si Ibu Baru Bersalin Kurang Susu Badan, Akak Askar Bantu Menyusu Bayi Kelaparan

Si Ibu Baru Bersalin Kurang Susu Badan, Akak Askar Bantu Menyusu Bayi Kelaparan

Sejak beberapa minggu lalu, barisan hadapan Filipina sibuk melaksanakan peraturan ketat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah wabak Covid-19.



Petugas perubatan, anggota polis dan askar memikul tanggungjawab dengan gigih untuk membantu rakyat kurang bernasib baik yang terjejas akibat perintah berkurung.

Terbaru di laman Facebook, tular beberapa keping gambar seorang askar wanita yang lengkap berpakaian seragam sedang menyusu bayi kerana ibu si kecil itu tidak mempunyai susu badan yang secukupnya.

Dalam gambar berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Pat Adelfa Bachicha Dagohoy itu duduk memberikan susu badan di luar sebuah hospital di daerah Samar, Filipina.


Posting yang dimuat naik oleh Landor Asozrev itu meraih 2,600 perkongsian dan 4,500 tanda suka serta reaksi netizen yang amat kagum dengan kebaikan hati wanita tersebut selain dianggap sebagai ‘penyelamat’.


Sumber : Landor Asozrev

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser