PKP-3: Demi Ayam RM1.99 Seekor, Jarak Sosial ?

Demi Ayam RM1.99 Seekor…..

18 April.2020


Viral beberapa foto di media sosial apabila penduduk sebuah daerah sanggup beratur panjang di sebuah premis perniagaan bagi mendapatkan bekalan ayam murah. Lebih merisaukan, kesemua penduduk tersebut tidak menjaga social distancing semasa beratur.



Menerusi Twitter Nik Farhan, lelaki tersebut memberitahu kejadian itu berlaku di daerah Besut, Terengganu. Menurutnya, ramai penduduk di daerah tersebut sanggup beratur panjang untuk membeli ayam murah. Tambahnya, harga ayam di situ dijual dengan harga RM1.99 seekor.



Farhan juga tidak menyangkal kemungkinan kluster baru yang dikenali sebagai ‘kluster ayam’ bakal wujud sekiranya kejadian tersebut berulang lagi. Dia turut memaklumkan bahawa daerah Besut antara daerah yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Terengganu selepas Dungun.


Di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk Nik meluahkan rasa kesal dan risau terhadap kejadian tersebut. Mereka berharap semua masyarakat dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan di samping mengamal social distancing. Beberapa cadangan turut dikemukakan oleh netizen buat penduduk daerah tersebut sekiranya mereka mahu mendapatkan bekalan makanan.

Sumber: Nik Farhan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser