Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita palsu

Doktor didenda hasilkan penerbitan tidak benar mengenai vaksin Sinovac 

Doktor didenda hasilkan penerbitan tidak benar mengenai vaksin Sinovac   Kangar: Doktor perubatan didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah menghasilkan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac di Beseri dekat sini, pada April lalu. Tertuduh, Jamnul Azhar Mulkan, 53, juga boleh dipenjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda Read More ...

Tularan pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu – Pengarah

Berita Tular pesakit COVID-19 lari dari HRPZ II palsu – Pengarah Orang ramai diminta tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.   KOTA BHARU: Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata dakwaan seorang pesakit COVID-19 melarikan diri dari hospital itu, yang tular di Read More ...

Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP

Nilai Impian tenang, tiada perlanggaran SOP   Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my   Nilai: Pemeriksaan polis dari rumah ke rumah pada hari pertama Aidilfitri mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian di sini, tenang.   Ia sekali gus menafikan dakwaan dalam satu ciapan Twitter petang hari ini daripada pemilik akaun ‘No War But Class War’ yang membuat Read More ...

KKM nafi Hospital Serdang utamakan influencer untuk pemberian vaksin Covid-19

Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2021 – Berita Palsu Mengenai Hospital Serdang Mengutamakan “Influencer” Untuk Pemberian Vaksin COVID-19   Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media atas talian Malaysiakini bertarikh 25 Februari 2021 yang membawa tajuk “Hasrat beri Vaksin pada ‘influencer’, pengurusan kanan hospital terlebih dahulu dipersoal”. Kementerian ingin menafikan berita ini dan […]

Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis

Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis       PEMILIK akaun facebook ‘Jenifer Lawrence’ dikehendaki polis kerana didakwa menyebarkan berita palsu berkenaan situasi Covid-19 di Sarawak.         Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan yang mendedahkan bahawa satu laporan diterima daripada pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan […]

Video empangan Sibol pecah tidak benar

Video empangan Sibol pecah tidak benar Oleh MASTURAH SURADI 3 Januari 2021, 8:28 pm   KOTA TINGGI – Dakwaan kejadian sebuah empangan Sibol pecah akibat kejadian hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku banjir di daerah ini adalah tidak benar. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora yang turut memaklumkan bahawa di daerah […]

Tiada pesakit positif ditempatkan di First World, saringan dilakukan Jabatan Kesihatan

BENTONG: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial menyatakan individu positif Covid-19 diletakkan di Hotel First World di Genting Highlands.   Pengarah MKN negeri, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, berita itu tidak benar malah ujian saringan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan bukannya oleh pihak Genting.   “Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa […]

Dakwaan PKPD Akan Dilaksanakan Serta Merta Bermula 12 Disember 2020 Di Negeri Selangor Adalah Tidak Benar

Dakwaan PKPD Akan Dilaksanakan Serta Merta Bermula 12 Disember 2020 Di Negeri Selangor Adalah Tidak Benar. SEBENARNYA: Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):   Pihak Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang ditularkan melalui media sosial. Berita tersebut berlatarbelakangkan siaran berita televisyen tempatan dan tertera tulisan “PKPD DI SELANGOR SERTA MERTA, BERMULA 12 DISEMBER 2020 […]