Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar jadi Rider
Memang banyak pihak yang berjuang di basisan hadapan di saat negara dilanda wabak pada ketika ini. Bermula dari para doktor, jururawat, polis dan askar sehinggalah mereka yang gigih melakukan penghantaran makanan kepada kita semua.
Kalau korang perasan, baru-baru ini Angkasawan Negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor ada berkongsi gambar menunjukkan dia juga tidak ketinggalan melakukan penghantaran makanan menggunakan motosikal bagi restoran miliknya bersama Chef Ismail iaitu Restoran Rebung.
Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah. Hujan tetap redah. Walaupun dirinya basah agar customer dapat menjamah. Itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah, bukannya mudah tak kira penat lelah. Tak peduli hujan rebas. Tapi itulah hakikat. - Tulisnya di Facebook miliknya.
Senyum dan lembut je percakapan Dr. Sheikh Muszaphar ni. Hujan pun redah ya. Memang itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui mereka yang digelar rider dan semoga kita semua dilindungiNya dan dimurahkan rezeki.
Sumber: Facebook Sheikh Muszaphar Shukor
Ulasan
Catat Ulasan