Mufti Kelantan dilaporkan telah sembuh dari COVID-19 — Suara Merdeka

Mufti Kelantan dilaporkan telah sembuh dari COVID-19 — Suara Merdeka

2 April 2020


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjadi salah seorang individu yang disahkan sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Memetik sumber Malaysiakini melaporkan, mufti berkenaan dibenarkan keluar wad hari ini selepas kira-kira dua minggu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

“Alhamdulillah, beliau sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan pulang petang tadi,” kata sumber yang enggan disiarkan namanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Mohamad Shukri dimasukkan ke hospital itu pada 18 Mac lalu dan menjalani saringan Covid-19.

Beliau mengalami demam dan mempunyai simptom jangkitan Covid-19 selepas pulang daripada Sarawak.

Difahamkan saringan tersebut mendapati beliau positif Covid-19 dan dimasuk ke wad bagi rawatan lanjut sehingga sembuh sepenuhnya hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan