Diancam Singa Kelaparan, Ibu Zirafah Pertahankan Anak Dari Diterkam Singa Terakam Kamera

Diancam Singa Kelaparan, Ibu Zirafah Pertahankan Anak Dari Diterkam Singa Terakam Kamera


Detik-detik mendebarkan yang menyaksikan seekor ibu zirafah cuba untuk mempertahankan anaknya dari diterkam oleh singa berjaya dirakam di Taman Negara Maasai Mara di Kenya.


Gambar: Daily Mail

Menerusi gambar-gambar yang diambil, ibu dan anak zirafah itu dikejar sebelum diterkam oleh pemangsa dan mematahkan leher anak haiwan itu dengan kejam untuk dijadikan sebagai ‘santapan’.


Gambar: Daily Mail

Gambar lain pula menunjukkan tindakan terdesak ibu zirafah itu untuk melepaskan anaknya dari ancaman dengan menendang singa itu menggunakan semua kakinya.


Gambar: Daily Mail

Pun begitu, segalanya sudah terlambat kerana singa itu lebih pantas dengan ‘membenamkan’ anak zirafah itu ke atas rumput dan memakannya. Anak zirafah yang berukuran enam kaki dan seberat 150 pound itu tidak dapat bertahan selepas diserang oleh ‘kucing besar’ seberat 400 pound itu.


Gambar: Daily Mail

Kejadian itu dirakam oleh pekerja IT dan jurukamera separuh masa, Srikanth Santhinathan, dari India dengan menggunakan Nikon D750.

“Pada pagi itu, kami melihat zirafah yang besar itu dan menyedari bahawa seekor singa betina sedang mengikutinya dari belakang. Dua minit kemudian, anak zirafah sudah hilang,” katanya.


Gambar: Daily Mail

Zirafah yang muda mempunyai kadar kematian hanya 50 peratus dalam enam bulan pertama mereka. Hanya singa yang paling berani sahaja yang berusaha untuk memburu zirafah dewasa. Oleh sebab itu, singa betina yang lapar tersebut lebih memilih untuk memakan anak zirafah.


Sumber: Daily Mail

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing