Polis tahan 62 warga Myanmar anjur pesta Songkran, baki tangkapan menyusul

Polis tahan 62 warga Myanmar anjur pesta Songkran, baki tangkapan menyusul



SEPANG: Polis hari ini menahan 62 lelaki warga Myanmar selepas terbabit penganjuran pesta Songkran di perkarangan sebuah asrama pekerja di bandar Baru Salak Tinggi, di sini.

Penahanan itu dibuat susulan klip video tersebar melalui laman Facebook berhubung penganjuran pesta berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 2 petang tadi di perkarangan asrama pekerja terbabit.

"Hasil soal siasat, dua daripada suspek mengaku merakam kejadian berkenaan menggunakan telefon bimbit milik sendiri, sebelum ia disebarkan melalui laman Facebook," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di Facebook video memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar di sebuah kilang sarung tangan yang meraikan pesta Songkran.




Aksi mereka yang menari sambil menikmati minuman keras menerima kecaman ramai netizen berikutan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

Wan Kamarul Azran berkata, beberapa suspek yang disoal siasat mengaku menyertai aktiviti itu dan pihak polis akan mengadakan tangkapan susulan bagi mengesan baki yang terbabit.

“Dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas sebagai bahan bukti.

"Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 269 dan 505(c) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser