Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel December 04

Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah

#Ipoh Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mengaibkan seorang pekerja kedai runcit dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat dan meludahnya lima hari lalu. Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus menjatuhkan hukuman itu ke atas M Gunalan, 47, dari Taman Rasi Jaya di sini, selepas dia mengaku bersalah berbuat demikian […]

Kerajaan negeri teruskan operasi banteras tanah haram

CAMERON HIGHLANDS – Kerajaan negeri tidak berkompromi dalam isu penerokaan tanah haram apabila terus bertindak tegas menangani pencerobohan tanah haram melalui operasi Op Lestari 2 di Lembah Bertam Cameron Highlands. Operasi menghentikan pencerobohan tanah haram itu membabitkan 98 lot tanah seluas 34.28 hektar yang telah diteroka secara haram. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan […]

Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera – Perdana Menteri

Bernama Disember 3, 2020 07:24 MYT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, dilaksanakan segera. Beliau berkata, sebagai kerajaan yang prihatin, beliau akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti […]

Saksi sempat menjerit beri amaran

Georgetown: “Saya menjerit bagi memberi amaran kepada pemandu dan pejalan kaki itu, tetapi sudah terlewat kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Begitu kata pengawal keselamatan, S Thinagaran, 36, yang menyaksikan kejadian seorang wanita Kim Hui Ping, 49, dirempuh sebuah kereta sebelum terjunam dari ketinggian enam meter di parkir Kondominium Greenlane Park, Solok Tembaga, Jelutong, di sini, […]

{Video}Sebelum ini gajah masuk kampung cari makanan.

Aksi dramatik APM dan orang Awam menangkap seekor babi masuk dalam kawasan komersial Kali ini di Machang, Kelantan, babi pula masuk bandar. Kasihan pulak kat dia geledah sampah cari makanan, dah habis makanan tempat tinggal asalnya agaknya. Jaga-jaga abang APM jangan kena sondol sudah

KWSP pertimbang setiap permohonan i-Sinar di bawah kategori kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias. Beliau berkata ahli-ahli yang terjejas dari segi kewangan tidak kira pendapatan kecil atau besar tetapi tidak layak membuat permohonan untuk i-Sinar di bawah kategori pertama, boleh memohon untuk kemudahan itu […]

Orang Ramai Kini Boleh Menyumbang Gambar Untuk Google Street View – Amanz

Google Street view mula memetakan jalan-jalan utama di seluruh dunia pada tahun 2007 dan di Malaysia pula sejak 2013. Selama ini imej diambil sendiri oleh Google menggunakan kereta, beca, motosikal, juruselam, kayak dan digendong oleh manusia. Hari ini Google akhirnya membenarkan orang ramai untuk merakam imej Street View kepada semua yang ingin menyumbang. Menurut Google, […]

Sindiket judi, forex beroperasi di kondominium mewah diserbu

Kuala Lumpur: Beroperasi di kawasan elit di tengah ibu kota sebagai pusat panggilan judi atas talian dan urus niaga penukaran mata wang asing atau forex bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Namun, hasil risikan polis akhirnya mengesan kegiatan haram berkenaan di sebuah kondominium di Jalan Bukit Ceylon Off Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini, semalam. Ketua […]

Zoo Negara diminta laksana audit bebas

Shamsul Anuar berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Zoo Negara menjana pendapatan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM19.5 juta antara Januari sehingga September lalu. Mengikut rekod, katanya setakat ini perbelanjaan hanya sebanyak RM9.4 juta dan sehubungan itu, beliau yakin Zoo Negara masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan operasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang. KUALA […]

Mangsa banjir di PPS Kelantan terus meningkat

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 184 orang malam ini, berbanding 53 mangsa petang tadi. Mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah. Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 10 malam ini, tiga PPS di Kota Bharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) […]