Realiti 'Pahit' Perkhidmatan Kurier Disebalik Pelanggan Yang Tak Menyabar

Realiti 'Pahit' Perkhidmatan Kurier Disebalik Pelanggan Yang Tak Menyabar

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan, namun ia tidak mematahkan ‘semangat’ rakyat Malaysia untuk untuk membeli belah. 

Pelbagai jenis platform pembelian online telah diwujudkan setelah sekian lama, dengan tujuan memudahkan urusan pembelian dihujung jari.


Sudah semestinya, pembelian atas talian ini memaksa pelanggan menunggu dalam beberapa tempoh tertentu, untuk mendapatkan barang yang telah dipesan mereka sampai di depan pintu rumah.


Disebabkan PKP, lebih ramai diihat membuat pesanan atas talian dan kurier penghantaran barangan tidak menang tangan untuk mengurusakan pesanan uyang dilihat bertambah berkali-kali ganda setiap hari.

Di Twitter, salah seorang penggunanya berkongsikan sedikit realiti yang terpaksa di tanggung oleh kurier penghantaran barangan untuk menguruskan semua pesanan oleh peniaga atas talian.


Ramai juga berkongsikan pendapat dan juga pandangan yang dihadapi oleh staf-staf kurier ini. Namun, ada juga yang dilihat tidak berpuas hati dengan servis sesetengah kurier yang dianggap tidak professional dalam melakukan tugas mereka.


Walau apapun yang berlaku, jangan lupa untuk sentiasa mengucapkanlah terima kasih demi menghargai keringat mereka yang berpenat lelah berugas sepanjang PKP ini dilaksanakan.



Sumber: Twitter.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing