COVID-19: 2 juta haiwan jalanan terjejas makanan sepanjang PKP

COVID-19: 2 juta haiwan jalanan terjejas makanan sepanjang PKP

AHAD, 29 MARCH 2020 @ 3:41 PM

KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menggesa masyarakat membantu memberi makanan kepada haiwan jalanan, yang tidak mempunyai sumber sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Presiden PHM, Arie Dwi Andika, mendakwa apa yang membimbangkan pihaknya ketika ini haiwan jalanan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 2 juta, berdepan masalah kesihatan, kebuluran dan kezaliman pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, hari ini saja, pihaknya menerima tiga video kezaliman terhadap haiwan jalanan yang dihantar orang ramai dan ini dilihat sebagai suatu yang kurang sihat dalam kalangan masyarakat kita.

“Masyarakat seolah melepaskan tekanan akibat kebosanan atau menjadikan ia hiburan dengan menzalimi haiwan-haiwan ini. Haiwan ini sepatutnya turut diberi belas kasihan kerana turut terkesan dengan PKP, bukan manusia saja.

“Ketika kerajaan memfokuskan untuk membantu setiap golongan rakyat yang terkesan, kita seharusnya turut membantu kerajaan dengan tidak menambah beban dengan menjaga kebajikan haiwan jalanan ini serta menjaga persekitaran.

“Apa yang terjadi di dunia ini mungkin atas sebab tangan-tangan kita dan berubahlah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan haiwan jalanan ini mula menyelongkar tong-tong sampah berikutan banyak premis makanan tidak dibuka, selain turut mengekori sesiapa saja seolah-olah merayu meminta makanan.

“Sebelum ini perkhidmatan haiwan jalanan boleh memberi makanan, tetapi dengan PKP ini mereka perlu patuh. Ketika inilah masyarakat, walaupun bukan pencinta haiwan perlu mengambil tanggungjawab ini bersama dengan cara memberi makanan kepada haiwan berkenaan di kawasan masing-masing,” katanya.

Arie berkata, kesengsaraan haiwan jalanan ini juga perlu dibantu kerana ketika ini kebanyakan klinik veterinar kerajaan dihadkan waktu operasi dan jenis rawatan, manakala hampir 90 peratus klinik veterinar swasta ditutup sepenuhnya.

“Jadi janganlah kita tambah kesengsaraan haiwan ini dan sama-samalah kita membantu setiap yang terkesan berikutan PKP ini,” katanya. -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan