Bumbung Rumah Hampir Roboh, Sekeluarga Hidup Serba Daif Cetus Sayu!
Media sosial merupakan medium yang digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Menerusi jaringan media sosial ini juga, ramai yang menggunakannya sebagai tempat mempromosikan jualan, penyebaran maklumat dan tidak dinafikan ramai juga yang menyalah gunakah platform atas talian ini.
Bermacam-macam kisah dan juga tragedi yang dikongsikan sendiri oleh para pengguna sehingga tersebar meluas di media ataupun dikenali sebagai tular. Dengan kuasa tular juga, sesetengah golongan mampu mengubah hidup mereka dan meraih bantuan ramai pihak dengan senang.
Perkongsian Awie Castello pada 17 April 2020 mengenai sebuah keluarga yang menginap di sebuah kediaman yang sangat daif telah menarik perhatian warga pengguna Facebook.
Rata-rata netizen sangat terkesan dengan nasib yang menimpa keluarga serba daif tersebut dan meminta Awie menggemukakan maklumat lanjut sebagai langkah untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.
Sudah tentunya, Awie tidak menyangka bahawa perkongsiannya itu bakal membawa kebahagian dan kesenangan kepada insan lain.
Malah, salah seorang anak kepada keluarga berkenaan juga turut tampil dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang peduli dengan nasib yang menimpa keluarganya.
Sumber: Facebook.
Ulasan
Catat Ulasan