Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel November 25

Warga Bangladesh ditemukan mati leher terjerut

Gua Musang: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan mati di tingkat atas rumah sewanya di Taman Damar, di sini, semalam. Mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan rakan serumahnya berkenaan pada 8.30 pagi, dalam keadaan leher terjerut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa tinggal seorang diri dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah ... Read more Warga Bangladesh ditemukan mati leher terjerut

Kami dah biasa nampak buaya disini

SUNGAI PETANI – Kelibat buaya di permukaan sungai dekat Kampung Pinang Luar, Sungai Lalang yang tular di media sosial diakui telah disedari sejak sekian lama namun reptilia itu tidak pernah mengancam penduduk. Penduduk, Osman Mona, 73, berkata, kedudukan sungai yang terletak di belakang rumahnya membolehkan dia kerap kali terlihat kemunculan buaya terutamanya setelah semak di ... Read more Kami dah biasa nampak buaya disini

Penyamun pecah rumah telah berjaya di berkas

25 Okt 2020 – Shah Alam, Pangsapuri Kawasan Seksyen 22, Seorang penyamun pecah rumah telah berjaya di berkas oleh jiran-jiran sekitar jam 1 tengahari. Mangsa yang baru pulang masuk di dalam rumah dan terserempak dengan penyamun yang sedang melakukan aktiviti menyelongkar rumah, mangsa terkejut, penjenayah itu terus menyerang mangsa dan berlaku pergelutan. Mangsa menjerit meminta ... Read more Penyamun pecah rumah telah berjaya di berkas

Pasangan Zalim guna pisau, gunting, periuk panas dera amah

Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak puas hati dengan prestasi kerja, suami isteri dipercayai mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa cedera di seluruh badan.Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas orang awam membuat laporan polis pada 11 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan ... Read more Pasangan Zalim guna pisau, gunting, periuk panas dera amah

DG Hisham Kluster Teratai Di Klang Telah Menjangkiti 71 Kes Bukan Pekerja Top Glove

“Virus ini telah merebak di luar lingkaran pekerja kilang. Kami mendapati terdapat 71 kes atau 2.8 peratus berpunca dari hubungan rapat pekerja, seperti anggota keluarga mereka,” kata Noor Hisham. Pada hari Isnin (23 November), rakyat Malaysia mendapat berita yang mengejutkan setelah jumlah kes mencapai tahap tertinggi sepanjang 1,884 kes. Dari jumlah keseluruhan, Selangor menduduki tempat ... Read more DG Hisham Kluster Teratai Di Klang Telah Menjangkiti 71 Kes Bukan Pekerja Top Glove

Buletin atm: tudm terbangkan dua lagi bayi istimewa, perlukan pembedahan segera di IJN

KUALA LUMPUR, 24 November 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan satu lagi penerbangan ihsan bawa dua bayi lelaki dari Kota Kinabalu ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan pembedahan segera dan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini. Adik Andreus Steve Hendru berusia 1 bulan mengalami masalah jantung dan buah pinggang ... Read more Buletin atm: tudm terbangkan dua lagi bayi istimewa, perlukan pembedahan segera di IJN

Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu suspek dikatakan berang apabila ibu bapanya enggan memberi wang dipercayai untuk membeli dadah. – Polis KEPALA BATAS – Gara-gara tidak memperoleh wang seperti yang diminta, seorang lelaki membakar motosikalnya selepas mengamuk dalam kejadian di Paya Keladi Hujung di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner ... Read more Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

Kes tembak anggota PGA: 6 penyeludup berjaya ditahan

PADANG BESAR –24/11/2020 Enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand. Beliau ... Read more Kes tembak anggota PGA: 6 penyeludup berjaya ditahan