Cukuplah, Tak Perlu Bayar Lebih!"-Datin Kedekut Bayar 'Runner' RM4.10

"Cukuplah, Tak Perlu Bayar Lebih!"-Datin Kedekut Bayar 'Runner' RM4.10


Sesetengah individu terpaksa menjadi runner sebagai usaha tambahan untuk mendapatkan pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sememangnya diakui, PKP ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pendapatan segelintir golongan.


Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kisah-kisah yang agak kurang menyenangkan yang keluar daripada golongan runner ini. 


Sememangnya bukan satu perkara yang mudah apabila berurusan dengan orang yang pelbagai kerenah.


Dua tiga hari lalu, hangat diperkatakan mengenai bayaran ataupun upah yang dikenakan keatas seorang runner. Bertambah kejam apabila bayaran ataupun upah diberi dengan harga yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang telah dilakukan oleh para runner berkenaan.


Peristiwa pahit seperti ini juga telah dikongsikan oleh seorang runner yang dikenali sebagai Razak Runner Tawau.


Masyarakat disarankan untuk sentiasa bertolak ansur dan memberikan bayaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. Jangan sekali pandang remeh terhadap pekerjaan seseorang kerana mereka juga membantu dalam mempermudahkan urusan seharian orang lain.

Sumber: Facebook.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing