Cara mohon telefon percuma YTL Foundation bagi golongan B40

Cara mohon telefon percuma YTL Foundation bagi golongan B40

YTL Foundation beberapa hari lalu mengumumkan kaedah atau cara memohon telefon percuma dengan data bagi golongan B40 bagi tujuan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Sebelum ini, YTL Foundation telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bersama-sama konten pembelajaran iaitu daripada YES dan juga Frogasia. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan layari ytlfoundation.org/learn

Kesemua bantuan yang diberi oleh pihak YTL Foundation ini bertujuan bagi menyahut seruan Kerajaan bagi menggalakkan terutamanya golongan pendidikan dan pelajar untuk berada di rumah sekali gus belajar di rumah.

Sebelum ini pun, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengumumkan buat masa ini sekolah tidak akan dibuka dan kesemua pembelajaran boleh dibuat secara atas talian dan di rumah sahaja. Pihak KPM akan mengumumkan pembukaan sekolah 2 minggu lebih awal jika ianya dibenarkan kelak. Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Internet

Hari ini sekali lagi pihak YTL Foundation memberi inisiatif kepada golongan pelajar B40 untuk dapatkan telefon percuma bersama data internet bagi tujuan pembelajaran atas talian (online).

Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:

Nombor MyKad/MyKid murid

Nombor MyKad ibubapa

Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

Baca syarat kelayakan lanjut di sini

https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/telefon-pintar-percuma-untuk-pelajar.html?m=1



Kemudian anda perlu isi borang secara online di pautan dibawah ini. Anda boleh juga dapatkan maklumat murid keluarga B40 yang lain betul-betul memerlukan dengan cara yang sama

MOHON DI SINI

Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :

Salinan MyKad/MyKid murid

Salinan MyKad ibubapa

Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak YTL Foundation akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser