Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel October 24

Covid19 ragut 7 nyawa pada 24-10-2020

Tujuh lagi kematian baharu #COVID19 di negara kita hari ini iaitu 6 di Sabah dan satu kes di Pulau Pinang. Kesemua mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik. Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia 24-Okt- 2020

Kes sembuh=671 Jumlah kes sembuh=16,555 kes Kes baharu positif=1,228 (kes import=11, kes tempatan=1217) Jumlah positif=25,742 kes Kes kematian=7 Jumlah kes kematian=221 kes Kes dirawat di ICU=92 kes Bantuan Alat Pernafasan=31 kes

PECAHAN KES BAHARU (1,228)

24/10/2020 -PECAHAN KES BAHARU (1,228) SABAH – 889 – 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah – 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 – 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. NEGERI SEMBILAN – 96 42 kes daripada kluster-kluster yang sedia ada dan 54 ... Read more PECAHAN KES BAHARU (1,228)

76 kes baharu dilaporkan di Selangor.

24/10/2020 -76 kes baharu dilaporkan di Selangor. Hulu Langat, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang berada di zon merah. Negeri-negeri di Lembah Klang juga kini berada dibawah PKPB.

671 kes sembuh 24-10-2020

671 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 16,555 bersamaan 64.31% Terima kasih petugas kesihatan! Kes sembuh mengikut negeri: – Sabah (449 kes); – Selangor (83 kes); – Pulau Pinang (68 kes); – Perak (61 kes); – Negeri Sembilan (3 kes); – Sarawak (2 kes); – Kedah (2 kes); – Melaka ... Read more 671 kes sembuh 24-10-2020

Pewaris Pakcik kemalangan Dari Pahang dicari

Minta tolong viral cari pewaris seorang pakcik dalam gambar di bawah. Dia terbabit kemalangan dalam perjalanan dari Pahang ke rumah anak di Sg Buloh. Tidak ada kad pengenalan ditemui bersama beliau. Mohon waris segera ke HUKM Cheras.

Perincian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

23/10/2020 10 kes tempatan dilaporkan di KL manakala 1 lagi adalah kes import. KL turut melaporkan kluster baharu iaitu Palma. Putrajaya pula tidak melaporkan kes baharu hari ini.

Tular video lori tangki dipandu secara berbahaya

SUNGAI BESAR – Sebuah video pemandu lori tangki memandu secara berbahaya dipercayai di Jalan Persekutuan Klang – Teluk Intan berhampiran Sungai Haji Dorani di sini tular hari ini.Video berdurasi satu minit 41 saat itu dirakam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengekori pemandu itu selepas didapati memandu secara berbahaya dengan menukar ... Read more Tular video lori tangki dipandu secara berbahaya

Kanak-kanak jatuh dari kereta sedang bergerak

23 Oktober 2020, KANGAR – “Macam nak luruh jantung,” demikian kata seorang wanita apabila ternampak seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (perempuan) Kangar di sini hari ini. Adybah Zarifah yang memuat naik rakaman video kejadian berdurasi seminit di akaun Facebook miliknya menunjukkan mangsa berusia antara dua hingga tiga ... Read more Kanak-kanak jatuh dari kereta sedang bergerak