Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel November 18

Agong isytihar darurat terhadap Parlimen Batu Sapi

KUALA LUMPUR: 18/11/2020 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat terhadap kawasan Parlimen Batu Sapi di Sabah, sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19. Seri Paduka  bertitah demikian selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selama sejam di Istana Negara, mulai jam 4 petang ... Read more Agong isytihar darurat terhadap Parlimen Batu Sapi

Demi anak murid Cikgu Aniza nekad redah hujan hantar bahan pembelajaran

Kasih Cikgu Aniza, sanggup redah hujan lebat demi anak murid… si peneman setia dedah gelagat isterinya – “Ramai anggap cikgu makan gaji buta tapi hakikatnya…” – Viral PROSES pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan norma baharu ketika ini bukan perkara mudah lebih-lebih lagi tidak semua pelajar mempunyai akses kepada internet. Tidak mahu anak didiknya ketinggalan dalam ... Read more Demi anak murid Cikgu Aniza nekad redah hujan hantar bahan pembelajaran

Parah berita palsu sampai 90 peratus

Kuala Lumpur: 18/11/2020 Angka mengejutkan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan lebih 90 peratus bagi kes berita palsu pada tahun ini berbanding tahun lalu. Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebanyak 196 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu sejak Januari hingga September tahun ... Read more Parah berita palsu sampai 90 peratus

TIADA LAGI PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT DI KUALA LUMPUR

Berita baik kepada orang muslim khususnya pekerja muslim yang bekerja di kedai runcit dan serbaneka di Kuala Lumpur. DBKL telah mengeluarkan garis panduan dan syarat permohonan baru yang melibatkan penjualan arak di Kuala Lumpur. Bermula 1 Oktober 2021, penjualan minuman yang memabukkan tidak dibenarkan di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubatan cina di Kuala Lumpur ... Read more TIADA LAGI PENJUALAN ARAK DI KEDAI RUNCIT DI KUALA LUMPUR

Detik Mendebarkan Bomba Selamatkan Kucing Jatuh Lombong

17Nov2020/Selangor Kejadian dirakam lewat petang ini. Anggota JBPM menyelamatkan seekor kucing yg terjatuh ke dalam lombong. Lokasi : Taman Putra Perdana Puchong ( Ini adalah lombong yg sama 6 anggota JBPM lemas pada 2018) #inforoadblock

Nekad tinggal anak terjun lombong

IPOH -17 Nov 2020 Seorang lelaki nekad meninggalkan anak lelakinya berusia sembilan tahun bersama isteri dalam kereta dan terjun lombong dalam cubaan meloloskan diri daripada ditahan polis di Jalan Cenderawasih, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi di sini semalam. Tindakan nekad suspek yang dipercayai terlibat dalam kes curi itu memaksa polis bersama anggota Angkatan ... Read more Nekad tinggal anak terjun lombong