Penuh Dikelilingi Kawat Duri, Pasar Borong Selayang Di Perintahkan 'PKPD'

Penuh Dikelilingi Kawat Duri, Pasar Borong Selayang Di Perintahkan PKPD



Semenjak pagi tadi, tersebar gambar-gambar di media sosial yang memaparkan kawasan di sekitar pasar borong Selayang dikatakanya telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD.


Kerajaan pada hari ini mengumumkan PKPD bakal dikenakan keatas Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai Pasar Borong Selayang. Perkara ini telah dumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian pada 2 petang tadi.

Beberapa keping gambar sekitar Selayang yang memaparkan seolah-olah dikepung oleh kawat besi telah tersebar meluas di Facebook dan beberapa laman media yang lain.




Turut juga dimaklumkan, warga asing bertindak merosakkan penghalang yang dipasangan sekitar Pasar Borong Selayang sejak semalam.



Kawasan sekitar Pasar Besar Selayang merupakan kawasan keenam dalam negara yang dikenakan PKPD. Sebelum ini, bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu.

Sumber: Facebook.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing