Merungut Menu Makanan Percuma, Mahsiswa UM Dibahasakan Netizen

Merungut Menu Makanan Percuma, Mahsiswa UM Dibahasakan Netizen

8 April 2020

Sebagai inisatif membantu pelajar-pelajar universiti yang terkandas dan tak dapat pulang ke rumah, kerajaan telah memberikan makanan percuma buat semua pelajar di IPT sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Tetapi, adalah satu perkara yang biasa apabila terdapat segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan.

Di Twitter, seorang mahasiswa Universiti Malaya meraih kecaman ramai apabila memuat naik gambar makanan yang diterima dengan meletakkan kata-kata yang menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

Antara gambar makanan yang dimuat mahasiswa ini adalah nasi campur ayam goreng dan juga nasi goreng bersama telur mata.

Salah seorang penghantar bantuan makanan menyatakan dia amat terasa hati dengan rungutan yang telah dibuat oleh salah seorang mahasiswa UM tersebut.

Sudah semestinya, rungutan mahasiswa terbabit dibidas kembali oleh netizen di laman Twitter. Ramai yang menyifatkab bahawa mahasiswa terbabit tidak bersyukur dengan rezeki ang telah dikurniakan.

Sumber: Twitter.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing