Gara-gara warga asing, industri keselamatan makanan rugi RM1 bilion? – Vigneswaran
KUALA LUMPUR – Lihat di sekeliling, apakah yang sedang terjadi dengan negara ini ketika penduduhknya sedang berperang membanteras wabak Covid-19?
Apakah yang akan terjadi dengan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur baru-baru ini?
Dianggarkan industri keselamatan makanan dijangka mengalami kerugian lebih RM1 billion gara-gara ‘ketiadaan’ warga asing, khususnya Myanmar, berikutan saringan serta pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seandainya kerajaan masih lagi berterusan berlembut dalam isu lambakan pendatang asing di negara ini, ia akan menjadi barah yang sukar ditangani walaupun selepas seelesai berperang dengan wabak itu.
Lebih membimbangkan, kehadiran warga asing yang terlalu ramai akan membuatkan usaha memerangi coronavirus gagal mencapai matlamat, kerana sikap mereka yang sering enggan mematuhi undang-undang.
Berikutan itu, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran membayangkan golongan berkenaan bukan sekadar menguasai lokasi tertentu di Malaysia, bahkan turut bermaharajalela sehingga menggugat keselamatan setempat.
Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan warga asing yang bekerja membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.
Menurut beliau, ada di antara kelompok pendatang ini juga bersikap ‘besar kepala’ dan menyuarakan pelbagai permintaan tidak munasabah, seolah-olah mereka adalah anak watan negara ini.
Jelasnya, kawasan seperti Pasar Borong Kuala Lumpur pastinya dapat memberikan gambaran jelas bagaimana industri makanan bukan sahaja dikuasai oleh mereka, sebaliknya kini membawa kerugian berbilion ringgit.
“Mereka ini sebenarnya adalah barah yang akan membunuh kita dalam diam. Mereka merebak dengan begitu pantas, dan jika usaha pencegahan tidak diambil dari sekarang, ia akan membunuh negara ini.
“Saya beri contoh kepada anda, lihat sahaja bagaimana mereka ‘mengawal’ perniagaan di pasar borong. Premis berkenaan menghasilkan pulangan berjumlah RM1 bilion untuk negara, tetapi kerana ia dikawal pendatang asing.
“Sektor terbabit hampir lumpuh kerana semua warga asing ini lari menyembunyikan diri akibat takut ditangkap pihak berkuasa kerana melanggar PKP. Harga sayur-sayuran serta bahan lain sudah naik begitu mendadak.
“Kita pula langsung tidak dapat mengawalnya, industri keselamatan makanan di ambang bahaya sebenarnya.
“Saya sedikit pun tidak dapat menerima perkara ini, apakah nasib kita selepas berjuang habis-habisan memerangi Covid-19? Lihat ketika ini sahaja, lambakan mereka di mana-mana dan sememangnya tidak lebih daripada ‘berita buruk’ sahaja,” katanya.
Vigneswaran yang juga Yang diPertua Dewan Negara berkata, aspek keselamatan makanan kini berada dalam bahaya kerana perniagaan itu dikuasai golongan pendatang dan keadaan terbabit pastinya tidak berlaku jika ia diterajui rakyat tempatan.
“Kerajaan kena pastikan sektor ini dikembalikan ke tangan warga tempatan, untuk keselamatan penduduk juga.
“Sudah terlalu banyak bukti memperlihatkan kepada kita, betapa golongan ini amat tidak memperdulikan aspek kebersihan. Lihat sahaja kawasan yang mereka diami, terlalu kotor dengan bau busuk yang memualkan tekak.
“Ini semua akan memberi gambaran buruk terhadap Malaysia, termasuk imej kita di pentas antarabangsa. Tolonglah ambil apa sahaja yang berlaku ketika ini sebagai iktibar, ini bukan isu Covid-19 semata sebaliknya lebih besar.
“Hakikatnya, memang ada hikmah di sebalik pandemik ini, kita dapat melihat sendiri ‘kemusnahan’ yang telah terjadi kepada negara ini gara-gara membawa masuk serta membiarkan warga asing menguasai semuanya.
Beliau menarik perhatian, sukar dipercayai bagaimana kadang kala pihak berkuasa seolah-olah ‘hilang taring’ dan terpaksa menutup mata dengan kehadiran mereka dan membiarkan golongan berkenaan menguasai perniagaan yang seharusnya milik penduduk tempatan.
“Bagaimana kita boleh menjamin keselamatan makanan yang dinikmati jika penjualnya sendiri terlalu kotor dan sama sekali tidak menghiraukan aspek kebersihan?
“Saya beri contoh, baru-baru ini ada yang telah menghantar gambar yang mana warga Mynmar membela lembu di satu tempat begitu kotor, juga menjadi lokasi jual daging. Kotor, jijik tidak terkata.
“Seandainya warga tempatan kita, dalam sekelip mata ada penguatkuasa masuk dan musnah ladang atau lokasi pembelaan atas pelbagai alasan, jadi apa pula ini? Mengapa yang ini boleh bermaharajalela? Ini sesuatu yang langsung tidak masuk akal bagi saya,” tegasnya.
Ketika ini dianggarkan terdapat 5 juta warga asing di Malaysia yang mana sebahagian besar memasuki negara secara haram.
Senario ini jelas Vigneswaran, menjejaskan keselamatan negara apabila kadar jenayah turut meningkat.
“Sering kali kita membaca kekerapan golongan itu terbabit dalam jenayah berat-berat termasuk dadah, gangsterisme, penyeludupan dan lain-lain lagi. Sampai bila keadaan ini harus berterusan, dan mencetuskan rasa takut di negara sendiri.
“Juga kita selalu juga dengar penyokong persekitaran industri sedia ada pantas berhujah yang rakyat Malaysia kelompok pemalas dan wujud logik kewangan bagi menggaji pekerja asing, dan ini juga disokong dalam konteks produktiviti.
“Ini satu realiti ciptaan yang khilaf dan palsu. Adakah benar atau cuma persepsi yang tidak tepat yang dicipta bertahun lamanya, dipandu oleh keuntungan perusahaan? Fikirlah sendiri,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Negara kini dilanda kebimbangan sehingga kerajaan terpaksa mengeluaran Perintah Kawalan Pergerakan bagi memastikan rakyat Malaysia duduk di rumah bagi membendung wabak pandemik Covid-19.
Tapi lain pula suasana di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang yang rata-ratanya dihuni oleh warga asing malah ada juga pendatang tanpa izin.
Terkini DBKL telah melaksanakan operasi menyita haiwan lembu peliharaan Pelarian Rohingya di kawasan Selayang.
Ulasan
Catat Ulasan