Timbalan Menteri Kesihatan & EXCO Perak Didenda RM1000 Ingkar PKP

Timbalan Menteri Kesihatan & EXCO Perak Didenda RM1000 Ingkar PKP


Baru-baru ini viral di media sosial beberapa keping gambar yang memaparkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi bersama EXCO Perak, Razman Zakaria menikmati jamuan pada satu majlis di Lenggong. Netizen beranggapan mereka juga perlu dihukum kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan undang-undang dan masing-masing didenda sebanyak RM1000.


Saya mengambil kira tujuan perhimpunan itu iaitu membantu masyarakat setempat mengekang penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, perhimpunan sedemkian (jamuan makan) tidak dibenarkan mengikut Peraturan 6(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).


Ia boleh membawa kepada penularan COVID-19 dan mendedahkan kepada virus berbahaya itu secara langsung.


Tambah Norhidayati, tertuduh boleh dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh bersama 13 lagi individu lain termasuk adik Dr Noor Azmi mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh. Semua tertuduh didapati bersalah selepas berkumpul di Klinik Kesihatan Lenggong dan menikmati hidangan di sebuah dewan.


Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan terus berkhidmat kepada rakyat,


Sementara itu, Dr Noor Azmi ketika ditemui dalam satu sidang media di luar mahkamah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Beliau turut akur kepada undang-undang serta sistem kehakiman negara.

Sumber: Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser