PKP: Persatuan Artis hulur Bantuan kepada Pak Hamid
PKP: Persatuan Artis hulur Bantuan kepada Pak Hamid
9 April 2020
Jika sebelum ini hebat diperkatakan mengenai isu persatuan seniman mahu mendapatkan bantuan khas buat para selebriti, namun mendapat tentangan hebat oleh netizen.
Walaupun ketika ini ramai yang memandang serong terhadap para artis selepas itu. Namun, masih ada lagi beberapa pihak yang mengambil serius isu kebajikan golongan artis veteran.
Melihat gambar yang dikongsikan, jelas terpacar kegembiraan di wajah artis veteran ini menerima bantuan berupakan bekalan keperluan dapur.
Selain Pak Hamid, antara artis yang menerima sumbangan ialah Papa Rawi, Mak Jah, Kogilarani, Balakrishnan, Alfred Ho, Lim Kong Tuck, Goh Cheng Hock dan beberapa lagi.
Pengurusan YKAT dianggotai tujuh pemegang Amanah antaranya Datuk DJ Dave, Datuk M Nasir, Datuk Yusof Haslam dan Datuk Nancie Foo.
Menurut kenyataan itu lagi, dalam tempoh PKP ini, YKAT bersetuju membantu artis yang benar-benar memerlukan dan sumbangan dihantar secara terus kepada artis yang memerlukan dengan kerjasama sebuah pasar raya.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban para penggiat seni yang kini sudah uzur dan tidak dapat lagi mencari sumber rezeki dalam industri hiburan.
Ulasan
Catat Ulasan