Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel September 21

Jutaan Terima Kasih Indah Water selamatkan anak kucing hampir lemas

Melaka 21/9/2020 Jutaan Terima Kasih kepada Pekerja Indah Water Melaka membantu menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam lubang pembentungan.

JAIS tahan ‘Rasul Melayu’

21 Sep 2020 SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Rasul Melayu’ dan 16 pengikutnya yang berusia antara 14 dan 70 tahun di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini malam tadi. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Operasi Khas Penguatkuasaan dilaksanakan selepas kesemua mereka dipercayai mengamalkan ... Read more JAIS tahan ‘Rasul Melayu’

Polis Perak buka kertas siasatan bendera terbalik

Oleh KOSMO!21 September 2020, 2:03 pm Oleh ASLIZA MUSA BAGAN SERAI – Pemasangan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar di sini semalam dilakukan secara tidak sengaja. Gambar menunjukkan bendera dipasang terbalik itu tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, bendera ... Read more Polis Perak buka kertas siasatan bendera terbalik

Kesan tapak kaki bongkar persembunyian PATI

Kuala Lumpur: 21/9/2020 Kesan tapak kaki di pesisir pantai merungkai kehadiran lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mendarat di Pesisir Pantai Kompleks Rakan Muda, Desaru, Johor, hari ini. Bagaimanapun, kepakaran Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) yang menjejak kesan tapak kaki itu menemui lokasi persembunyian kumpulan ... Read more Kesan tapak kaki bongkar persembunyian PATI

PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi

KOTA KINABALU:20/9/2020 Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hujung bulan ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kumpulan tersebut disyaki mempunyai dokumen yang sah untuk memasuki negara ini melalui ‘lorong-lorong tikus’. Tegasnya, polis dan pihak berkuasa lain termasuk ... Read more PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi

Sikap penting diri elak bayar tol mengundang bahaya kemalangan

Semakin menjadi jadi sikap pentingkan diri sendiri. Untuk elak bayar tol, pemandu ini menceroboh masuk laluan motosikal. Lokasi DUKE TOL BATU hala Kuala Lumpur. Tarikh 21/9/2020

TEKONG DARAT, LIMA PATI DITAHAN

RANTAU PANJANG 20/9/2020- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan terpaksa mengejar sebuah pacuan empat roda sejauh 17 kilometer (km) dari pangkalan haram Jitong di sini sebelum berjaya menahan seorang tekong darat yang membawa lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand awal pagi tadi. Bagaimanapun, tekong darat dan PATI berusia 19 hingga 44 tahun ... Read more TEKONG DARAT, LIMA PATI DITAHAN

Warga emas tinggal dalam hutan diselamatkan

Kuantan: 20/9/2020 Unit Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengambil masa lebih sejam memujuk seorang lelaki warga emas yang tinggal di kawasan hutan kecil di tepi pantai Teluk Chempedak, di sini, untuk ditempatkan di pusat jagaan warga emas. Pengarahnya, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 60 tahun itu dipercayai tinggal di pesisir pantai Teluk Chempedak ... Read more Warga emas tinggal dalam hutan diselamatkan