Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan

Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan

8 April 2020


Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasukan polis dan tentera diberi tanggungjawab bagi melakukan kawalan serta rondaan di jalan raya.

Walaupun sibuk memantau pergerakan orang ramai, perkara itu bukan alasan untuk pasukan beruniform yang bertugas bagi menunaikan perintah sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.

Sebaik sahaja waktu azan berkumandang, tidak lama selepas itu mereka bersiap sedia mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di tepi jalan secara bergilir-gilir dengan rakan setugas lain.

Beberapa keping gambar kedua-dua pasukan itu dikongsi di laman Facebook sehingga menarik perhatian warganet untuk memberikan komen.

Rata-rata berharap pasukan berkenaan diberi kekuatan dalam menjalankan tugas dan menitipkan doa agar semua petugas barisan hadapan negara sentisa dilindungi Allah SWT.


Sumber : Facebook , Ezzan Danial

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser