Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak Sakit Ke Hospital

Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak Sakit Ke Hospital


Kakitangan sebuah hospital di Istanbul, Turki tidak menyangka kehadiran seekor ibu kucing membawa anaknya yang sakit masuk ke dalam bilik kecemasan.


Anak kucing itu kelihatan dalam keadaan lemah sambil dibawa ibunya dengan menggunakan mulut sebelum didatangi beberapa kakitangan hospital untuk memberikan bantuan perubatan.


Ketika diperiksa, ibu kucing itu tidak meninggalkan doktor dan jururawat berkenaan sebaliknya duduk dan fokus ‘mendengar’ serta memerhati dengan harapan anaknya kembali sembuh.


Sementara dijaga, ibu dan anak kucing berkenaan diberi susu dan makanan sebelum dibawa oleh kakitangan hospital ke klinik haiwan bagi mendapat rawatan selanjutnya.


Kisah penuh kasih sayang itu dikongsi seorang petugas hospital, Merve Ozcan di laman Twitter miliknya sehingga meraih lebih 80,000 tanda suka dan 3,700 perkongsian sebelum menjadi tular di media sosial pelbagai negara.


Rata-rata warganet memuji kecerdikan haiwan tersebut selain terharu melihat ibu kucing yang mempunyai kasih sayang terhadap anak berbanding segelintir manusia yang sangup membuang bayi.


Sumber : Twitter @Merve Ozcan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing