Laksana Sanitasi Di Kuil Hindu, Abang Bomba Dipuji Santuni Rumah Ibadah

Sanitasi atupun nyah kuman sedang giat dilakukan oleh kerajaan secara berperingkat.
Malah proses nyah kumah ini boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman masing-masing berpandukan kepada garis panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan.
Saat ini tempat-tempat awam sememangnya jadi fokus kerajaan tempatan atau majlis daerah untuk melaksanakan sanitasi. Terutamanya bagi tempat-tempat yang sering menjadi kujungan dan tumpuan orang ramai.
Antara tempat yang sering menjadi kunjungan ada rumah ibadah. Sama ada masjid, kuil dan juga tokong, tempat ini tidak terkecuali untuk disanitasikan.
Malah kesemua rumah ibadah dan sekitarnya akan disanitasi disetiap ruang untuk memastikan bahawa tempat tumpuan orang awam ini tidak menjadi penularan wabak ini
Di Facebook, salah seorang pengguna laman tersebut telah berkongsikan sebuah video yang memaparkan ahli bomba sedang melakukan sanitasi di sebuah kuil agama hindu.
Video ini menjadi pujian dan tumpuan ramai apabila video tersebut menyaksikan para anggota bomba yang bertugas itu menyantuni rumah ibadat tersebut dengan menanggalkan kasut mereka.
Sudah tentunya, anggota bomba ini membuat demikian untuk menghormati agama lain disamping mengenakan etika pemakaian yang betul semasa melaksanakan proses nyah cemar kuman.
Sumber: Facebook.
22 April 2020

Ulasan
Catat Ulasan