Tindakan DBKL ke atas premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing.
Tindakan ke atas premis perniagaan yang dijalankan oleh warga asing.
Hari ini 15 Jun 2020 (Isnin), DBKL meneruskan lagi tindakan di sekitar Parlimen Setiawangsa. Sejumlah 4 tindakan telah dilaksanakan kerana didapati dijalankan oleh warga asing yang tidak mempunyai kebenaran.
Tindakan 1 :
Kedai Gunting Rambut di Jalan Madrasah (hadapan M3 mall). Pemantauan dan pemeriksaan mendapati premis dijalankan oleh bukan warga negara (Indonesia). Premis tidak mempunyai apa-apa maklumat perniagaan. Premis tersebut telah di ambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sitaan di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan 2:
Penjaja Cendol di Jalan 3/27A (berhadapan Alpha Angle) dikenakan tindakan sita dibawah UUK3(1) kerana penjaja bukan warganegara.
Tindakan 3 :
Kedai Runcit di Jalan 27/56 , Setiawangsa. Hasil pemantauan dan pemeriksaan mendapati premis dijalankan oleh bukan warga negara (Indonesia). Premis juga tidak mempunyai lesen. Premis tersebut telah di ambil tindakan ditutup serta merta (sealed) di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tindakan 4 :
Kedai Gunting Rambut di Jalan 30/56 , Setiawangsa. Pemantauan dan pemeriksaan mendapati premis dijalankan oleh bukan warga negara (Bangladesh). Premis juga tidak mempunyai lesen. Premis tersebut telah di ambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sita di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pemantauan dan tindakan ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.
#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome
Ulasan
Catat Ulasan