PATI ROHINGYA TELAH MERAMPAS EKONOMI DAN MENJAJAH MALAYSIA

PATI ROHINGYA TELAH MERAMPAS KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA

Wajarkah PATI Rohingya dibantu dari sudut peruntukan kewangan khas bagi pembangunan masyarakat ini daripada wang kutipan zakat dan wang hasil pembayar cukai rakyat Malaysia?
Mungkin ada orang kaitkan PATI Rohingya ini perlu dibantu atas dasar agama. Boleh diterima pandangan ini jika PATI Rohingya sendiri menunjukkan komitmen mereka kepada Islam dan berasimilasi dengan masyarakat Islam berbangsa lain di Malaysia.

Menurut laporan, Pusat Zakat Pulau Pinang membelanjakan RM60,000 setiap bulan membiayai PATI Rohingya yang berada di Pulau Pinang.
Masalahnya, adakah masjid atau Surau di Malaysia ini diimarahkan oleh kaum lelaki PATI Rohingya? Paling jelas wanita² PATI Rohingya mengendong bayi² dan anak² kecil mengemis dipintu pagar masjid setiap hari Jumaat untuk mendapatkan habuan dari jemaah masjid yang bersimpati.

Ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari sebilangan mereka bertopengkan agama Islam sedangkan mereka penganut agama Bahai, sememangnya tidak boleh bersyahadah apabila ditanya tentang keIslaman mereka.

Kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri banyak membantu kebajikan PATI Rohingya ini melalui gerak kerja NGO² Malaysia yang terdiri dari IKRAM, ABIM, Tenaganita dan NGO² lain yang bertungkus lumus mendapatkan dana dan sumbangan dari negara² luar tidak terkecuali sumbangan dari rakyat Malaysia sendiri. Nilai sumbangan yang diperolehi mencecah ratusan juta ringgit yang disalurkan kepada PATI Rohingya ini.

Sikap kerajaan dan NGO² yang bermurah hati membantu PATI Rohingya selama ini menjadikan mereka lupa diri dan besar kepala.

Dengan kad UNHCR mereka bebas kemana sahaja tanpa sebarang dokumen, tanpa visa, tanpa passport, tanpa levi, tanpa permit, berbuat apa sahaja sesuka hati seolah² kebal undang² mengalahkan warganegara.

Berniaga tanpa lesen dan permit dalam sektor borong dan peruncitan, tiada lesen memandu, menubuhkan persatuan dari peringkat pusat hingga ke cawangan dan NGO² tanpa kelulusan ROS, anak² mereka dihantar ke sekolah Antarabangsa yang mereka tubuhkan dengan perantaraan bahasa Myanmar, tubuh pasukan bola sepak Rohingya kononnya untuk menyertai Liga Malaysia, tanah rakyat tempatan dan rezab kerajaan didirikan penempatan seperti mana yang berlaku di Bukit Malut, Langkawi sewenang²nya.

Paling hebat berdemo jalanan di Kuala Lumpur meminta kesamarataan hak, mahu kerajaan peruntukkan dana khas kepada mereka, benarkan penglibatan mereka dalam politik, jaminan pendidikan kepada anak² mereka malah ditemuramah dimedia TV seolah² negara ini hak milik mereka.

Kesan sampingan lain dari segi sosial termasuk juga perlakuan jenayah, gangsterism, gangguan sex, dadah dan pelacuran telah menjadikan Malaysia seolah² hilang kedaulatannya.

Malaysia TIDAK PERNAH menandatangani Konvensyen Pelarian PBB 1951 atau Protokol 1967 dan TIDAK TERIKAT dengan apa-apa Konvensyen dan Pelarian PBB, secara dasarnya PATI Rohingya ini dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin atau penjenayah domestik.

Apakah ini balasan yang harus kerajaan dan rakyat Malaysia terima dari PATI Rohingya yang telah dibantu atas dasar kemanusiaan ?

Apakah rakyat Malaysia keseluruhannya tiada lagi yang miskin tegar untuk dibantu ?  

Pernahkah NGO² terfikir berapa ramaikah rakyat Malaysia miskin tegar yang boleh mendapat faedah daripada ratusan juta ringgit yang disalurkan kepada PATI Rohingya tersebut ?

Tiada lagikah asnaf² Malaysia yang daif memerlukan bantuan dari Pusat Zakat ?

Berapa ramai asnaf tempatan di Pulau Pinang boleh mendapat faedah dari wang RM60,000 sebulan yang dibelanjakan kepada PATI Rohingya itu ?

Jabatan Imigresen Malaysia bertungkus lumus mengadakan operasi menangkap dan menyimpan PATI² di Kem² Tahanan, membiayai makan minum PATI dengan nilai RM12.50 seorang setiap hari. Bayangkan berapa puluh juta wang cukai Kerajaan dibelanjakan secara membazir untuk jumlah PATI disetiap Kem Tahanan diseluruh negara setiap hari ?

Jelas dan nyata PATI Rohingya telah merampas dan menjajah semua sektor ekonomi negara tanpa disedari. 

Kini rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan dan pendapatan setelah melalui Pandamic Covid-19 mencecah hampir 3 juta orang mengikut statistik secara rambang. Apakah nasib rakyat Malaysia lebih malang dibumi sendiri berbanding PATI Rohingya ? 

Cukup, cukuplah kita membantu orang lain, rakyat sendiri perlu diberi keutamaan. Kerajaan perlu membuat dasar baru pengambilan pekerja asing dalam semua sektor. 

Kuota pekerja tempatan haruslah 90% dan pekerja asing 10% diperingkat pekerja am tugas berat sahaja. Permit bekerja bagi pekerja asing hendaklah tidak lebih 3 tahun dan tidak diperbaharui. Pekerja asing cuma dibenarkan sekali seumur hidup masuk bekerja di Malaysia dan tidak layak diberi taraf penduduk tetap. Tiada kebenaran berniaga kepada mana² pekerja asing dan PATI.

Dengan cadangan dasar baru tersebut akan dapat membendung lambakan PATI dan Pekerja Asing yang telah menggugat ekonomi dan kedaulatan negara selama ini. Rakyat Malaysia berpeluang mengisi semua bidang ekonomi dan pasaran kerja tanpa rasa tergugat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan