26-6-2030 OPERASI DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN
26-6-2030 OPERASI DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN
DBKL meneruskan lagi tindakan seumpama ini pada 26 Jun 2020 (Jumaat) ke atas warga asing yang menjalankan kegiatan perniagaan.
Dengan kekuatan seramai 5 anggota, 2 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di sekitar Parlimen Segambut hari ini.
Penutupan 2 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di bawah Sek.101 (v). Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah dilaksanakan.
Tindakan pertama adalah terhadap KEDAI RUNCIT SHB TRADING (M) SDN BHD di alamat No 50 Tingkat Bawah Plaza Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur.
Tindakan kedua pula terhadap KEDAI GUNTING RAMBUT, NO 42 BLOK A Plaza Sri Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur.
Jika anda mempunyai maklumat perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran bolehlah hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.
#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome
Ulasan
Catat Ulasan