PRODUA AXIA REMPUH SJR OP BENTENG COVID - 19 IPD SEREMBAN

PRODUA AXIA REMPUH SJR OP BENTENG COVID - 19 IPD SEREMBAN

Seremban, 20 Jun 2020 - Cabaran dan dugaan ketika melaksanakan tugas dan amanah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban iaitu sebuah kenderaan jenis Produa Axia yang dipandu oleh seorang wanita, 39 tahun hilang kawalan lalu merempuh papan tanda 'Awas Pemeriksaan Polis' yang diletakkan pada jarak 50 meter di susur keluar Plaza Tol SPDH hala utara petang tadi.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semasa suspek sedang memandu dari arah Port Dickson hendak ke Mantin dan semasa dalam perjalanan anaknya (AUTISME - RETT SINDROM-Nama Doktor PEDIATRIK yang menemui syndrom ini 1960) sedang tidur. Setelah melepasi Tol SPDH dan menghampiri kawasan SJR anaknya telah tersedar dari tidur dan telah melemparkan botol susu ke arah pemandu (Ibu) dan bangun mencekik leher pemandu sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan kenderaan lalu merempuh papan tanda sekatan jalan raya itu.
Suspek hadir ke Balai Polis bagi membuat laporan dan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak polis Seremban sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dan alerts pada keadaan semasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing