Ops Benteng Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Ops Benteng Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Jempol,11Jun- Ops Benteng ,Polis  Jempol menangkap  59  pendatang asing tanpa izin ( PATI ) membabitkan 30 warganegara Indonesia, 20 warganegara Bangladesh dan 9 warganegara India.
Kesemua PATI berkenaan ditangkap dalam operasi ops Benteng tersebut  bermula  jam 10.30 malam 11 Jun sehingga 5.30 pagi hari ini.  

Penugasan Ops Benteng tersebut  membabitkan 38 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Tujuan operasi bagi membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak covid-19 membabitkan warga asing yang memasuki negara ini secara tidak sah.

Kesemua tangkapan  ditahan dibawah kesalahan  Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
#ibupejabatpolisdaerahjempol 
#polisdanmasyarakatberpisahtiada 
#opsbenteng

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan