Penunggang motosikal parah akibat Kereta cuai berhenti mengejut kemudian melarikan diri.
Jumaat
12.6.2020
Dalam perjalanan nak pergi kerja tadi terserempak dengan kemalangan jalan raya di Km449.9 sebelum susur keluar ke Hospital Sg.Buloh.Lebuh Raya Utara Selatan.
Sebuah M/kar Jenis Myvii warna kuning no plat WA 1639X telah berhenti secara melulu di tepi lebuh raya dan di tempat yang tidak dibenarkan menyebabkan sebuah m/sikal yang datang dari arah Rawang menuju ke Kuala Lumpur telah terlanggar bahagian belakang kenderaan myvii tersebut.
Sebuah lori kecil yang berada di belakang lori terus memberhentikan kenderaannya dan membuat perlindungan bagi melindungi penunggang motosikal tadi dari dilanggar oleh kenderaan lain.
Akibat perlanggaran tersebut motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan no plat myvii tertinggal ditempat kejadian.
Menyedari yang kenderaannya telah menyebabkan kemalangan lalu pemandu myvii mungkin panik dan terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian.
Penunggang motosikal mendapat kecederaan parah dan dibawa ke hospital Sg.Buloh.
Terima kasih kepada penunggang-penunggang motosikal yang berhenti untuk membantu sehingga mangsa dibawa dengan ambulan ke hospital.
Terima kasih kepada pemandu lori no WVA 8654 yang menjadi saksi dan berhenti melindungi mangsa kemalangan tersebut dengan lorinya.
Terima kasih kepada pengguna jalan raya lain yang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk keselamatan.
Semoga myvii WA 1639 X tersebut ditemui dan mengambil tanggunggjawab atas kemalangan yang ia menjadi puncanya.
Laporan
Medik pencen.
Ulasan
Catat Ulasan